Vin Diesel Sahkan Skrip Filem 'Riddick 4' Sudah Siap


Pelakon filem Fast and Furious, Vin Diesel yang turut popular dalam franchise filem Riddick mendedahkan bahawa sekuel keempat yang buat masa ini diberi tajuk Riddick 4: Furya kini sudah siap ditulis. Francais filem Riddick yang menggabungkan elemen si fi dan aksi bermula dengan filem pertama, Pitch Black pada tahun 2000.


Filem itu kemudian diterbitkan sekuelnya pula pada tahun 2004 dengan tajuk The Chronicles of Riddick dan berterusan hinggalah ke sekuel ketiganya pada tahun 2013, yang diberi tajuk Riddick. 

Sepertimana kebiasaan, Vin Diesel lebih selesa mengumumkan apa sahaja update melalui instagramnya. 

Kehadiran pelakon Vin Diesel di dalam persada Hollywood mula terserlah apabila dia membintangi filem-filem seperti The Fast and the Furious dan XXX yang diterbitkan pada awal era 2000. Kedua-dua francais ini menaikkan nama Vin Diesel sekaligus membantu dirinya dikenali. Walaupun fokusnya lebih kepada francais F&F, Vin Diesel tidak melupakan francais Riddick.

Buat masa ini, terlalu awal untuk kita mendapatkan bagaimana filem Riddick 4:Furya bakal dikisahkan.  



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan