TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Spider-man Far From Home (2019)



Tahun Terbit | 2019
Pengarah | John Watts
Pelakon | Tom Holland, Jake Gyllenhaal, Samuel L Jackson

Spider-man: Far From Home menandakan berakhirnya fasa 3 untuk siri filem Marvel Cinematic Universe. Filem ni boleh diibaratkan sebagai filem yang mana cuba untuk menstabilkan kembali beberapa elemen yang tidak mampu untuk distabilkan oleh Endgame. Beberapa lompong cerita dari kejadian Endgame dipersudahkan dalam filem ini sebelum semua karakter MCU berganjak ke fasa 4.

Filem ini tidak seperti Homecoming yang mengalukan kedatangan Spider-man ke dalam dunianya yang tersendiri. Far From Home membawa watak kita ini ke arah lebih dewasa dengan plot yang lebih baik dan punya pendirian yang tersendiri. Sekaligus untuk membandingkan Homecoming dan Far Frome Home, filem ni seakan upgrade yang sempurna untuk watak Spider-man.

Far From Home bercerita tentang pengembaraan Peter Parker selepas kembalinya dia daripada lesap selama 5 tahun. Di sini, filem ni memainkan peranan penting untuk menjawab persoalan kenapa para rakan Peter Parker masih bersekolah walaupun ada berlaku perbezaan usia bagi pelajar yang terselamat snap Thanos dan yang tidak.

Tak lama untuk korang menunggu filem ni memulakan kerancakannya. Seawal filem, kita diperkenalkan dengan watak Mysterio yang mana kononnya datang dari dunia multiverse yang sebelum ini dicanang dalam promosi Far From Home. Dan filem ini membelok laju apabila akhirnya mendedahkan siapakah Mysterio dan kaitannya dengan Tony Stark.

Pada aku, Far From Home ialah sebuah filem yang sangat segar dengan plot yang baik. Ada beberapa elemen yang memang cukup padu untuk mencipta filem Spider-man yang layak dipuji. Dari segi penceritaan, para penonton memang gagal untuk menduga apa yang bakal terjadi dan pengalaman menonton sendiri perjalanan cerita filem ni buatkan penonton teruja.

Malah, lakonan Tom Holland kali ini lebih diuji dengan pelbagai penampilan bersuit yang pelbagai. Dari kostum Spider-man biasa, ke suit Spider-man Noir dan juga suit yang lebih upgraded, kembara Peter Parker memang penuh dengan ranjau duri yang sedap untuk dinikmati penonton. Dan paling menarik, elemen emosi dalam filem ni cukup menjadi.

Selain itu, komedi filem ni memang cukup baik untuk dinikmati. Dialognya tidak terlalu try hard dan cukup untuk buatkan korang ketawa riang dengan gelagat rakan-rakan Peter Parker yang sedang bercuti. Tertarik sungguh dengan keletah rakan Peter Parker, Ned dan pasangan cinta sekejapnya berya membentuk komedi yang cukup baik

Aksi filem ni boleh dikatakan sebagai penuh dengan adrenalin. Setiap babak aksi diatur dengan baik dan cukup mendebarkan. Dan semestinya apabila kali ini, Spider-man akan menghadapi ancaman level Avengers dan bukan lagi taraf kejiranan, pastinya ianya cukup menarik untuk ditonton. Aksi untuk final confrontation memang puas hati!

Keserasian antara Tom Holland dan Jake Gyllenhaal adalah antara antara perkara yang menarik untuk ditonton. Perbezaan usia antara mereka tidak menghalang lakonan yang mantap dan mencipta pelbagai kejutan sepanjang filem. 

Cuma sedikit sayang apabila beberapa elemen filem ni sebenarnya indah khabar dari rupa. Persoalan tentang multiverse yang dicanang berakhir dengan jawapan yang mengecewakan. Malah, watak Mysterio juga seakan-akan menonton watak Mandarin dalam filem Iron Man 3. Agak kurang menarik melihat Mysterio di akhir filem.

Apapun, Spider-man: Far From Home berjaya untuk memberikan rasa untuk penceritaan baru dunia Spider-man dalam dunia MCU. Dengan post-credit yang memang buatkan kita teruja, Far From Home ialah pakej lengkap filem Spider-man yang rasanya dinantikan penonton. Komedi, aksi dan emosi bergabung membentuk filem yang cukup padu untuk dinikmati.

Ada dua post kredit yang cukup panjang untuk dilayan. Jadi better tunggu tonton sebab ianya sangat-sangat penuh dengan kejutan.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Disney Dilaporkan Minta Sony Kongsi 25% Keuntungan 'Spiderman', Bukan 50%

Ulasan Filem: Till Death (Azalea's Wrath) a.k.a Dendam Azalea (2019)

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

George Lucas Dedah Makna Nama Robot R2D2 Dan C-3PO Dari Filem 'Star Wars'

Ulasan Filem: Krasue Inhuman Kiss (2019)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Paskal' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Seven (2019)