Ulasan Filem: Shaft (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah Tim Story|
Pelakon | Samuel L. Jackson, Jessie T. Usher, Richard Roundtree

Honestly, aku sebenarnya adalah menonton filem pertama Shaft ni yang dimuat naik Netflix beberapa minggu sebelum sekuel ini diterbitkan. Boleh aku katakan bahawa Shaft pada eranya mungkin antara filem yang menggunakan pelakon kulit hitam yang berjaya menyampaikan dakyah bahawa black people ni bukan hanya hamba.

Elemen ini yang menjadikan Shaft berjaya kerana di masa itu, isu racism dan juga kasta antara warna kulit itu masih lagi besar isunya di layar perak. Namun, di zaman sekarang ini, blackwashing mahupun whitewashing yang sudah biasa sebenarnya menghilangkan aura Shaft yang sepatutnya cukuplah berada di eranya.

Shaft versi baru ni seakan-akan melihat pelakon Samuel L. Jackson yang sudah biasa kita lihat dalam watak Nick Fury. Sukar sebenarnya untuk melihat pelakon ini dalam watak lain. Namun, imej Nick Fury yang sentiasa sinonim dengan Samuel L Jackson mungkin antara faktor berbisa kenapa Shaft kembali dibikin setelah sekian lama.

Sayangnya, untuk menjadi sehebat Shaft yang terdahulu, filem ni memang jauh sekali. Walaupun pengembangan filem ni seakan meminjam idea A Good Day To Die Hard, yang mana hero tua mempunyai waris untuk meneruskan legasi, filem ni masih tidak mampu untuk membina kekuatan bagi khalayak penonton era baru.

Dengan kisah yang ringkas dan tidak dibikin dengan kekuatannya yang tersendiri, Shaft seakan sebuah filem yang tiada jiwa dan kosong. Kita dipersembahkan dengan gandingan anak ayah iaitu Samuel L Jackson dan Jessie Usher yang mungkin menarik pada satu sisi, tetapi tidak membantu banyak untuk menjadikan Shaft lebih special dari filem terdahulu.

Namun, Shaft bukanlah teruk mana. Elemen komedinya boleh dikatakan cukup baik. Memang Samuel L. Jackson sangat santai dalam penyampaiannya. Namun, dia berjaya sekali sekala lari dari watak Nick Fury dengan dialog yang cukup baik dan ada auranya yang tersendiri. Samuel L. Jackson seakan berjaya kembali ke dunia Shaft walaupun dia sudah tinggalkannya agak lama.

Walaupun filem ni takdelah menarik seperti filem asal, aku rasa Shaft masih lagi berjaya untuk membina ruang dalam universe filem itu dengan caranya yang tersendiri. Setup kepada dunia Shaft dengan memperkenalkan insiden sebelum Shaft asal bermula, dan kemudiannya membawa penonton ke dunia selepas filem Shaft asal boleh dikatakan antara percubaan yang baik untuk menarik penonton menonton kembali filem Shaft yang diterbitkan pada tahun 2000.

Kalau nak dibandingkan aksi dengan filem asal, filem ni memang kurang aksi. Dramanya lebih dan tona penceritaannya juga berbeza. Mungkin ini pendekatan baru untuk membawa penonton mengenali Shaft dengan peredaran zaman yang sangat jauh bezanya. Selang lebih 10 tahun kot daripada filem pertama.

Apapun, pada aku, Shaft memang sebuah filem yang cukup enak pada komedinya, namun masih gagal untuk membawa aura Shaft terdahulu. Mungkin aku rasakan yang filem ini tidak perlu dibikin di era orang mengenali Nick Fury daripada Shaft. Mungkin Shaft harus pergi selamanya dan berada di eranya yang tersendiri dan tak perlulah dihidupkan kembali.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan