Ulasan Filem: Romeo Akhbar Walter (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Robbie Grewal
Pelakon | John Abraham, Mouni Roy, Jackie Shroff

John Abraham tampil dengan sebuah lagi filem drama aksi yang mana berkisar tentang CIA versi India, RAW. Sememangnya kisah ejen RAW ini sudah banyak difilemkan dengan pelbagai gaya penceritaan, namun Romeo Akhbar Walter ialah sebuah penceritaan yang mungkin sedikit lain macam dan ada sesuatu yang lain daripada dunia Bollywood.

Kali ini, John Abraham memegang tiga watak yang mana diringkaskan akan membentuk singkatan RAW. Di fasa pertama filem, kita dibawa mengenali Romeo Ali, dan kemudiannya di pertengahan, kita diperkenalkan dengan Akhbar Malik. Di akhirnya pula, kita diperkenalkan dengan Walter Khan. Setiap perjalanan karakter dengan nama berbeza ini penuh ranjau dan itulah yang menjadi persembahan filem ni.

Secara tersiratnya, Romeo Akhbar Walter berkisar tentang ejen-ejen RAW yang sememangnya melakukan tugas mereka tanpa mendapat sebarang pujian mahupun sanjungan. Terdapat pelbagai ejen RAW yang sentiasa menyelidik dan menjadi mata-mata untuk mempertahankan negara India, dan tiada siapa pun rakyatnya menyedari keberadaan mereka. Dan itulah premis filem ni.

Secara ringkasnya, filem ni menceritakan bagaimana seorang pegawai bank, Romeo Ali direkrut oleh seorang pegawai tinggi RAW untuk menyertai pasukan risikan itu atas satu misi. Sepanjang misi tersebut, Romeo Ali berhadapan dengan pelbagai rintangan termasuklah ibunya yang tidak mengetahui tindakannya.

Pada aku, filem ni memang bukan untuk siapa-siapa yang tidak menggemari filem bergenre risikan. Filem ini memang penuh dengan babak drama. Kalau nak expect aksi yang banyak, Romeo Akhbar Walter bukan filem korang. Memang filem ni tak banyak aksi pun seperti apa yang korang lihat di dalam trailer.

Disebabkan filem ni berkisar tentang ejen RAW, tiada elemen cinta dimasukkan ke dalam filem ni. Elemen kekeluargaan diterapkan pada awalnya, namun apabila sampai ke pertengahan, kita difokuskan kepada misi Romeo Ali yang memang penuh dengan pelbagai drama. Namun, disebabkan filem ni based on fact, mungkin akan muncul kebosanan di sesetengah tempat.

Pada aku, menonton Romeo Akhbar Walter bukanlah sesuatu yang menggembirakan. Filem ni mungkin aku gagal untuk jangkakan kekuatannya sehinggakan aku mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskannya. Terlalu banyak drama yang sememangnya buat aku menguap dengan durasinya yang agak panjang.

Lakonan Jackie Shroff antara yang menarik untuk disaksikan dalam filem ni. John Abraham pula seperti watak-watak biasa yang sering kita saksikan. Dengan badannya dan renungan matanya, confirmlah memang cair habis!

Romeo Akhbar Walter bukan filem untuk semua orang. Bagi yang ingin mengetahui sejarah terciptanya negara Bangladesh, filem ni untuk korang. Tapi, memang korang kena bersabar kerana kalau korang gagal, silap-silap memang boleh terlelap. Memang sebuah filem sejarah yang lembab seperti siput.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan