Ulasan Filem: Rakkhosh (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Abhijit Kokate, Srivinay Salian
Pelakon | Priyanka Bose, Tannishtha Chatterjee, Sanjay Mishra

Genre first-person POV sebenarnya agak rare bagi penggemar filem. Mungkin ramai yang dah biasa dengan teknik found footage movie, tetapi masih ramai yang agak kurang mampu untuk menyesuaikan diri dengan teknik first-person POV, melainkan seseorang itu ialah pemain game tegar yang sentiasa bermain game bercorak sedemikian.

Kalau di Hollywood, filem seperti Hardcore Henry mungkin antara pemula kepada tradisi filem bergenre sedemikian. Filem sebegini mungkin agak luar biasa kerana kita berada di dalam mata watak utama dan setiap watak seolah-olah berinterasi dengan diri kita. Ianya memang macam main game, cuma bezanya, versi movie korang hanya mampu lihat sahaja watak berinteraksi.

Rakkhosh ialah filem bergenre sedemikian yang pertama dari Bollywood. Tidak memilih untuk mencuba teknik ini dengan penceritaan aksi, Rakkhosh memilih untuk menggunakan genre seram dan thriller! Ianya mungkin adalah percubaan yang berani kerana agak sukar untuk membikin sebuah filem yang mana mempunyai satu pandangan sahaja.

Rakkhosh pada aku berjaya mencapai taraf yang aku kehendaki walaupun ada kurang di sana sini. Ianya sebuah filem yang mempunyai visi dan memang berjaya menjadi sebuah filem yang lain dari yang lain. Dan itulah sesuatu yang melayakkan filem ni untuk ditonton para penggemar filem dengan idea segar seperti ini.

Alkisah Rakkhosh berkisar tentang watak utama, Birsa yang mana berada di sebuah hospital gila. Dikatakan bahawa adanya entity bernama Rakkhosh yang akan membunuh pekerja hospital gila berkenaan sehingga menimbulkan tanda tanya. Melalui sudut pandang Birsa, kita dibawa kepada penyiasatan dan pelbagai misteri hospital gila tersebut.

Penceritaan menggunakan satu POV ini pada awalnya sedikit dragging kerana tiada babak-babak yang mencabar. Kita hanya disajikan dengan babak first-person POV tetapi tidak ada sesuatu yang segar dan lain dari yang lain. Apa yang ada hanyalah babak babak berbual yang mana boleh dikira biasa-biasa sahaja.

Namit Das selaku penyumbang suara untuk watak Birsa pada aku biasa-biasa sahaja. Pujian harus diberikan kepada lakonan Sanjay Mishra sebagai KumarJohn yang begitu mengasyikkan. Melihat lakonannya yang gila-gila itu berjaya menutup banyak kelemahan filem ni. Dan ianya ialah antara lakonan yang cukup unik untuk sebuah filem yang unik sebegini.

Namun, di pertengahan filem, penceritaan filem ni akhirnya berjaya menimbulkan kekuatan yang tersendiri. Dan semakin kita menghampiri akhir, memang kita akan sentiasa menunggu untuk melihat apakah itu Rakkhosh dan apa kaitannya dengan Birsa.

Secara mudahnya, Rakkhosh berbicara tentang jiwa dan juga penganiayaan mental. Malah, ianya juga berbicara kegilaan manusia untuk mencapai sesuatu sehinggakan orang lain terpaksa menerima akibatnya.

Dengan idea yang biasa, tetapi execution yang luar biasa, Rakkhosh berjaya untuk lari dari luar kotak filem Bollywood normal. Mungkin filem sebegini akan buat korang rasa pening kerana visual yang bergoyang-goyang, tetapi bagi sesetengah penonton, filem sebegini mengasyikkan. Memang ini ialah inovasi yang paling gila pernah disaksikan dalam industry Bollywood. Sayangnya, ramai yang tak tahu tentang kehebatan filem ni.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan