Ulasan Filem: Murder Mystery (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Kyle Newacheck
Pelakon | Adam Sandler, Jennifer Aniston, Luke Evan

Lama juga tidak menonton pelakon Adam Sandler beraksi di hadapan kamera. Bila tonton je Murder Mystery, rasa nampak ketara sangat wajahnya yang sudah tua dan meningkat usia. Kadang-kadang, kita rasa macam cepat je zaman seseorang tu berlaku. Dan Murder Mystery ialah antara daripada filem-filem yang membuatkan kita rasa sebegitu.

Jennifer Aniston dan Adam Sandler bukanlah gandingan yang baru. Mereka sebelum ini sudah pun pernah bergandingan bersama dalam filem Just Go With It pada tahun 2011. Dan kali ini, untuk sekali lagi, mereka bergandingan untuk filem penyiasatan yang bercorak komedi ini. Dan semestinya gandingan mereka ialah antara penyedap rasa filem ni.

Murder Mytery seperti tajuknya mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang mahu melawat negara Eropah tetapi akhirnya terperangkap dalam sebuah skandal pembunuhan. Dan dari misi untuk berbulan madu, mereka akhirnya terpaksa terlibat dalam pencarian siapakah pembunuh kepada mangsa yang mana seorang orang kaya!

Filem ini pada aku memang antara filem yang memang akan aku maki habis kalau aku bayar duit untuk tonton di pawagam. Filem ni sebenarnya kelihatan agak malas dari sudut sinematografi. Menonton visual filem ni seakan-akan menonton drama Samarinda di tv3. Visual yang sangat-sangat kelihatan seperti drama tv yang tidak layak untuk ke pawagam.

Tapi, untuk keberadaanya di Netflix, filem ni ada kekuatannya yang tersendiri. Dari aspek komedi, Adam Sandler sebenarnya masih belum hilang bisa. Kekuatannya untuk membikin babak-babak yang baik dengan dialog yang melucukan masih boleh dipuji. Memang ianya antara perkara yang menjadi untuk filem bertaraf drama tv seperti ini.

Malah, lakonan Adam Sandler dan Jennifer Aniston yang turut disokong dengan lakonan Luke Evans berjaya menjadikan Murder Mystery lebih dari sekadar filem gred B. Memang keserasian mereka terserlah sekaligus menjadikan filem ni enak untuk dilayan.

Dari segi penceritaan, filem ni memang mudah dan predictable. Tetapi garapannya membuatkan kita sentiasa mahu menonton dan terus menonton. Agak sukar untuk percaya bahawa aura Adam Sandler masih berbisa walaupun dia ni boleh disifatkan sebagai pelakon komedi yang rasanya sudah legenda.

Pada aku, Murder Mystery ialah sebuah filem yang sangat ringan dan santai, dengan penceritaan yang mudah sesuai untuk penonton yang mahu menonton filem ni secara on the go. Korang takkan pening kepala menonton filem ni kerana filem ni memang ibarat Panadol kalau korang stress. Layan ringan-ringan, dan stress pun hilang.

Apa aku boleh aku simpulkan dari filem ni ialah bahawa Murder Mystery mungkin mampu untuk membina francais penyiasatannya yang tersendiri di masa hadapan. Kalau Jennifer Aniston dan Adam Sandler buat comeback lagi nak selesaikan masalah, rasanya keterujaan itu aka nada. Sebuah filem ala-ala penyiasatan Agatha Christie yang ringan, dan penuh kejutan yang menghiburkan.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan