Ulasan Filem: Mauli (2018)

Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Aditya Sarpotdar
Pelakon | Riteish Deshmukh, Saiyami Kher

Bagi korang yang dah biasa layan filem Bollywood dan Tamil, apakata korang alihkan tengkuk dan mata korang ke filem Marathi yang bertajuk Mauli ni. Filem ni bukan calang-calang. Ianya ada standard filem Tamil dan Bollywood dan memang penuh dengan emosi dan juga aksi. Bak kata akulah, kalau korang suka Singham dan filem kepolisan, ini filem yang patut masuk dalam list penontonan.

Filem Mauli dibintangi Ritesh Deshmukh sebagai pelakon utama. Untuk info, ini ialah filem kedua Ritesh Deshmukh di arena filem Marathi. Sebelum ini, dia berlakon dalam filem Lai Bhaari pada tahun 2014 yang menjadi filem Marathi dengan kutipan tertinggi pada ketika itu. Dan you know what, Mauli ni pun antara filem top kat sana tau!

Secara ringkasnya, Mauli mengisahkan Mauli yang juga merupakan seorang polis dan juga seorang gangster. Hah, macam mana tu? Korang kena layanlah. Al kisahnya bermula apabila dia dipindahkan ke sebuah kampong dan berhadapan dengan gangster yang menutup kuil dan membina kedai arak di hadapan kuil. Apa lagi, Mauli bangkit menentang lah.

Di fasa pertama filem ni, memang ianya ada twist yang cukup baik untuk memulakan filem. Seawal fasa pertama, kita dipersembahkan dengan lagu yang tipikallah, macam Tamil tetapi pada masa yang sama tidak lekang dengan babak komedi, aksi dan juga romantika. Dan fasa pertama juga diakhiri dengan cukup rancak apabila twist mengejutkan disajikan.

Twist pada penghujung fasa pertama filem membawa lebih kerancakan kepada fasa kedua filem. Di fasa kedua filem, kita dipersembahkan dengan emosi dan membunuh elemen keseronokan dari fasa awal filem. Elemen emosi di fasa kedua memang cukup padu sehinggakan kau rasa geram habis dengan apa yang dihadapi Mauli.

Pada aku, bagi penggemar filem Singham, especiallylah, filem ni memang layan. Babak aksi dengan slowmotion yang cukup rasa, aksi terajang tumbuk yang memang melawan gravity dan logika memang puas hati layan. Memang kalau kau cari filem yang aksinya logik, memang kau akan pecah otak layan aksi filem ni.

RItesh Deshmukh berja membuang sangkaan aku dalam kualiti lakonannya. Selalunya, pelakon ni selalu berlakon watak komedi je di Bollywood. Sekali diberi peluang untuk berlakon watak polis, memang menjadi habis. Ianya ibarat menyaksikan seorang polis yang cukup lemah lembut, sopan tetapi pada masa yang sama cukup tegas dan pandai berdialog.

Kualiti filem ni memang terbaiklah. Korang memang takkan dapat agak apa yang akan terjadi dalam filem ni sehinggalah ke penamat. Cemas, suspen dan emosi bercampur dalam sebuah kisah aksi, bergaul dengan elemen ketuhanan dan juga kecintaan kepada saudara.

Kalau korang belum tahu pasal filem ni, menonton filem ni tanpa mengetahui sinopsis adalah sesuatu yang cukup thrill. Ada beberapa twist yang memang kalau aku cerita habis, memang akan spoil dan jadikan filem Mauli ni tak berapa nak best. Tapi, bagi penggemar Bollywood dan Tamil, Mauli semestinya antara filem wajib layan!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan