TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Kidnapping Stella (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Thomas Sieben
Pelakon | Jella Haase, Clemens Schick, Max von der Groeben

Kalau korang memang sukakan filem yang mempunyai setting dan watak yang minimal, aku memang rekemen habis untuk korang layan filem German yang bertajuk Kidnapping Stella. Filem yang kini boleh ditonton di Netflix ini ialah antara filem bergenre psiko thriller yang boleh dikatakan cukup enak di dalam senarai untuk ditonton.

Dengan berbekalkan lakonan yang hanya tiga orang sahaja, dan juga latar tempat yang tak sampai pun lima rasanya, filem ni berjaya membawakan naratif yang cukup padu dan pada masa yang sama cukup intense untuk memberikan rasa sebuah filem thriller yang ok dan memuaskan. Kidnapping Stella memang berjaya kidnap korang untuk bertahan hingga akhir.

Oh ya! Sebelum tu, nak bagitau yang Kidnapping Stella ialah remake kepada filem The Dissapearance of Alice Creed yang diterbitkan pada tahun 2009. Filem Kidnapping Stella ni bukanlah filem remake pertama. Pada tahun 2014, filem Bloedlink juga berdasarkan filem yang sama diterbitkan oleh negara Netherland.

Alkisah Kidnapping Stella bermula apabila dua orang lelaki merancang untuk menculik seorang gadis di sebuah jalan. Gadis yang namanya Stella ni diikat di katil dan diberi makanan dan penjagaan rapi sehinggalah ayahnya membayar duit tebusan. Namun, semuanya menjadi tunggang langgang apabila Stella berjaya mengenalpasti penculiknya dan mula membuat kacau bilau. Dari pelan yang mudah, kini menculik Stella ialah satu jalan malapetaka kepada sebuah perancangan jahat!

Pada aku, filem ni tak memerlukan masa yang lama untuk memberikan rasa intense. Mungkin pada penonton yang terarah kepada BDSM pada sisi seksualitinya akan merasa sedikit ‘horny’ dengan elemen-elemen ikat ikatan di dalam filem ni. Tetapi, that is not the point of the movie. Maybe bagaimana Stella dijaga itu boleh dianggap sebagai rencah yang hanya khusus untuk orang dewasa yang matang.

Walaupun filem ni dibina dengan jalan cerita yang ringkas, kita akan dipersembahkan dengan pelbagai babak yang tidak terjangkakan. Persoalan tentang adakah Stella berjaya melepaskan diri, dan apakah nasib Stella di akhirnya hanya akan dijawab selepas kita berjaya menghabiskan filem ni. Dan penontonan Kidnapping Stella memberikan ending yang cukup memuaskan untuk sebuah filem bukan berbahasa Inggeris.

Walaupun filem ni memang boleh dilayan kerana penceritaan dan wataknya yang minimal, Kidnapping Stella tetap tidak lari daripada beberapa kelemahan. Bagi yang pernah menonton filem asal yang diterbitkan pada 2009, mungkin Kidnapping Stella tidaklah seenak filem asal. Kidnapping Stella mengurangkan banyak elemen-elemen filem asal dan menjadikannya lebih berhati-hati.

Malah, filem ni juga tidak diisi dengan babak-babak yang membuatkan filem ni unpredictable. Tetapi, filem ni tidaklah buruk. Ianya masih mempunyai beberapa kekuatan yang tersendiri yang menjadikan filem ni boleh dilayan.

Bagi penggemar filem thriller, Kidnapping Stella ialah filem yang memang korang patut layan jika korang pernah layan The Dissappearance of Alice Creed. Mungkin korang nak tonton filem ni untuk compare which one is better. Tapi, bagi yang belum tonton filem Alice Creed, filem ni mungkin dirasakan unik dan agak seronok untuk dilayan santai-santai. Tetapi, rasanya filem ni memang untuk dewasa dan matang saja tau!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Ulasan Filem: Till Death (Azalea's Wrath) a.k.a Dendam Azalea (2019)

Watak Han Mungkin Akan Muncul Semula Dalam Filem 'Fast & Furious 9'?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Kevin Feige Dedah Nasib Mangsa Petikan Jari Thanos Yang Berada Di Atas Kapal Terbang

Disney Beri Lampu Hijau Untuk Terbitkan Sekuel Filem 'Aladdin'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Asal Usul Sebenar Ayat 'I Love You 3000' Dalam Filem 'Avengers: Endgame'

Wesley Snipes Akan Lakonkan Watak Antagonis Dalam 'Blade' Versi MCU?

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]