Ulasan Filem: DreadOut (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Kimo Stamboel
Pelakon | Ciccio Manassero, Susan Sameh, Jefri Nichol

Mungkin selepas kita mengetahui kewujudan filem ni, maka kita baru tahu bahawa Indonesia sudah ada permainan video sendiri. Apa tidaknya, filem DreadOut merupakan adaptasi daripada permainan video yang pernah diterbitkan hasil karya tempatan negara itu. Agak menarik untuk melihat bagaimana sebuah filem adaptasi permainan video dari Indonesia diterjemahkan ke filem. Sayangnya, seribu kali sayang!

DreadOut mempunyai background yang baik untuk menarik pemain video game untuk menonton filem ni. Sayangnya, filem ni tidaklah mempunyai terjemahan yang baik untuk menggambarkan bagaimana adaptasi permainan video itu. Entah kenapa, DreadOut seakan berdiri dengan kaki sendiri dan tiada rasa terjemahan yang nyata.

Di dalam filem ni, kita dipaparkan dengan sekumpulan pelajar sekolah yang mana cuba untuk merakam dan merasai pengalaman berhantu di sebuah apartmen. Nak dijadikan cerita, mereka bertemu dengan sebuah bilik yang membuka portal kepada dunia hantu yang mana bakal menyebabkan nyawa mereka dalam bahaya.

Pada aku, plot filem ni boleh tahan. Mungkin ini ialah salah satu pinjaman dari permainan game. Sayangnya, mungkin kerana filem ni mahu jujur dengan permainan game asal, tak ada banyak perkara yang menyebabkan filem ni jadi makin hebat. Filem ni jadi mendatar apabila banyak babak seakan-akan tidak berkembang dengan baik.

Setelah portal ke dunia lain dibuka, kita banyak dipaparkan dengan watak-watak yang cemas dan bertingkah-tingkah melontar dialog. Semuanya seakan-akan mau menonjol dan tidak ada satu pun watak yang boleh diterjemahkan sebagai ketua kepada watak-watak lain. Tunggu punya tunggu, sampai habis watak-watak ini bersama seakan-akan sebuah kumpulan yang tak mahu berpecah langsung.

Dengan plot yang mendatar, filem ni juga gagal menampilkan karakter antagonis dengan background yang jelas. Semuanya seakan-akan mengharapkan kita semua pernah bermain permainan ini untuk memahami background watak jahat yang ditampilkan. Memang agak mengecewakan di situ sebab kejahatan watak di dalam filem ni tidak ada objektif yang jelas. 

Sayang sungguh apabila filem adaptasi ini gagal untuk membuktikan yang Indonesia mampu untuk menghasilkan adaptasi video game pertama mereka. Apapun, DreadOut tidaklah seburuk mana. Ianya masih mempunyai beberapa kekuatan yang membuatkan korang perlu tonton filem ni.

Pertamanya, filem ni ialah filem Kimo Stamboel. Dia ialah antara pengarah yang sebelum ni berjaya menampilkan elemen horror dalam filem-filem slasher seperti Rumah Dara, Takut: Faces of Fear dan juga Killer. Tetapi, mungkin aku boleh katakan bahawa DreadOut tidak begitu penuh darah seperti filem-filem sebelumnya. Agak mengecewakan.

Malah, sinematografi filem ni juga boleh dipuji. Mungkin jika korang sudah biasa dengan filem pengarah ini, korang akan perasan bahawa kerja kameranya juga berbeza dari pengarah lain. Itu adalah kekuatan yang mungkin aku rasa untuk filem ni.

Aku cuma harap DreadOut punya sebuah plot twist yang lebih baik dari apa yang disajikan. Filem ni nampaknya seperti terlalu jujur dengan bahan asal sehinggakan tidak ada usaha untuk upgrade level seram dan gore filem ni ke tahap tinggi. Namun, pinjaman beberapa elemen dari permainan asal berjaya menjadikan filem ni unik.

Overall, filem ni memang mendatar gila. Cemasnya ada, tetapi tidaklah sampai kita sendiri merasainya. Sayang sungguh sebagai sebuah filem adaptasi permainan video, filem ini tidak mampu untuk menjadi filem hebat. Tetapi, kalau korang penggemar filem arahan pengarah ini, rasanya korang layan je.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan