Stallone Umum Kembali Merancang Untuk Filem 'The Expendables 4'


Pelakon lagenda Bollywood, Sylvester Stallone mengesahkan melalui Instagramnya yang dia kini dalam perancangan untuk sekuel keempat filem The Expendables. Filem The Expendables yang bermula pada tahun 2010 merupakan antara franchais yang menghimpunkan pelakon aksi ikonik sepanjang masa.


Dua filem pertama filem The Expendables mendapat kutipan memberansangkan apabila kutipan kedua-dua filem mencecah USD590 juta. Filem The Expendables 3 pula yang menambah pelakon hebat seperti Mel Gibson, Harrison Ford dan Antonio Banderas pula mendapat reaksi negatif kerana pelbagai sebab sekaligus menyebabkan filem tersebut gagal.

Ramai yang tidak menyukai The Expendables 3 kerana kesan khasnya yang agak low quality. Selain itu, filem yang ditukar klasifikasinya dari R-rated kepada PG13 mengurangkan keganasan yang menjadi antara faktor penonton menonton filem tersebut.

Filem The Expendables 4 sudah mula dirancang awal mulai 2017 namun seakan-akan terhenti apabila Stallone memfokuskan kepada filem Rambo: Last Blood. Semoga The Expendables 4 dapat mengembalikan aksi ganas seperti dalam filem pertama dan kedua. Stallone sudah mendedahkan juga bahawa dia akan memperbetulkan kesilapan di dalam The Expendable 3 dengan menjanjikan aksi yang lebih dahsyat!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan