Sharnaaz Ahmad Mengamuk Nama Salah Eja Di Poster Filem 'Wangi'


Pelakon Sharnaaz Ahmad mengamuk apabila namanya disalah eja di poster sebuah filem terbaru lakonannya bersama Erra Fazira dan Nabila Huda yang akan ditayangkan bermula 5 September 2019. Filem tersebut yang diarahkan oleh Mohd Latiff Zami menampilkan genre psycho thriller yang jarang dipersembahkan dalam sinema Malaysia.

Melalui satu kenyataan balas, pereka poster filem Wangi mendedahkan yang poster yang tersalah eja itu ialah poster yang belum siap. Poster ini masih belum diedit sepenuhnya malah bahagian kredit pelakon juga adalah fake dan diambil dari poster filem Hollywood kerana terpampang jelas nama Jude Law dan Natalie Portman.

Di bahagian kiri poster, Sharnaaz Ahmad dieja Shahnaz Ahmad. Pihak pereka poster iaitu Kukubesi Manipulasi telah membuat permohonan maaf diatas kesilapan ini.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan