Samuel L. Jackson Sertai Pelakon Filem Terbaru 'Saw'


Lionsgate kini mengumumkan bahawa filem Saw yang terbaru kini sudah pun memasuki fasa perancangan. Antara pelakon yang disahkan akan berlakon dalam filem tersebut ialah Samuel L. Jackson, Max Mighella, Marisol Nichols dan juga Chris Rock sendiri yang juga merupakan penerbit kepada filem ini.


Filem Saw yang terbaru ini kini bakal diarahkan oleh pengarah Saw 2 hingga 4, Darren Lynn Boysman berdasarkan tulisan lakonlayar Pete Goldfinger dan Josh Stolberg. Idea filem ini datang daripada Chris Rock sendiri yang dikatakan bakal membawa franchais ini ke tahap baru. 

Samuel L. Jackson dilaporkan akan melakonkan watak ayah kepada watak Chris Rock, seorang polis yang menyiasat kes dalam filem ini. Max Mighella pula akan melakonkan watak rakan sekerja Chris Rock manakala Marisol Nichols akan melakonkan watak ketua kepada watak Chris Rock.

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan bagaimana filem ini bakal berkait dengan filem Saw yang sebelumnya. Namun, semua pasti tertanya-tanya sama ada pengalaman Saw yang baru ini akan menampilkan kepuasan yang sama seperti filem-filem Saw terdahulu. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan