TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Penggambaran 'Fast & Furious 9' Tertangguh Gara-Gara Stuntman Cedera

Penggambaran filem Fast and Furious 9 ditangguhkan beberapa hari gara-gara satu insiden yang berlaku di set penggambaran filem berkenaan. Menurut The Hollywood Reporter, polis dan paramedik digegaskan ke Leavesden Studios di United Kingdom untuk merawat seorang pelagak ngeri selepas dia terjatuh dan mengakibatkan kecederaan kepala yang serius.


Pelagak ngeri tersebut dikejarkan ke Royal London Hospital melalui helikopter. Setakat masa artikel ini ditulis, kecederaan pelagak ngeri tersebut tidak diketahui lagi. Namun, Universal Studios mengesahkan kejadian berkenaan dengan mengeluarkan kenyataan berikut. 
We had an injury on the set of Fast 9 today in Leavesden with one of our stuntmen. We have halted production for the day to focus on this situation.
Untuk info, Leavesden Studios pernah menjadi lokasi penggambaran kesemua siri filem Harry Potter. Ianya juga ialah lokasi penggambaran filem Wonder Woman 1984 dan juga beberapa filem lain. Sebelum ini, pernah terjadi kemalangan di studio berkenaan dimana api telah menyambar soundstage di studio berkenaan. Nasib baik, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.





LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Ulasan Filem: Till Death (Azalea's Wrath) a.k.a Dendam Azalea (2019)

Watak Han Mungkin Akan Muncul Semula Dalam Filem 'Fast & Furious 9'?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Kevin Feige Dedah Nasib Mangsa Petikan Jari Thanos Yang Berada Di Atas Kapal Terbang

Disney Beri Lampu Hijau Untuk Terbitkan Sekuel Filem 'Aladdin'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Asal Usul Sebenar Ayat 'I Love You 3000' Dalam Filem 'Avengers: Endgame'

Wesley Snipes Akan Lakonkan Watak Antagonis Dalam 'Blade' Versi MCU?

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]