Marvel Studio Terbitkan 'Thor 4', Taika Waititi Kembali Ke Kerusi Pengarah


Akhirnya, para peminat filem Thor: Ragnarok boleh bersorak gembira apabila kini dilaporkan bahawa filem Thor 4 bakal dibikin. Pengarah filem Thor: Ragnarok, Taika Waititi akan kembali ke kerusi pengarah dan menangguhkan filem Akira yang mana merupakan adaptasi manga daripada penerbit filem Warner Bros.


Perkara ini memang sesuatu yang menarik apabila Thor menjadi satu-satunya filem superhero yang berjaya mencipta empat filem sedangkan filem lain hanya berjaya sehingga tiga filem sahaja. 

Namun, buat masa ini, masih banyak perkara yang tidak didedahkan dan masih di awal perancangan. Semestinya, Thor 4 akan ditayangkan sekitar 2021 atau 2022 jika penggambaran akan bermula dalam masa terdekat. 

Perancangan Marvel Studios untuk Fasa 4 dunia MCU kelihatan agak samar dan belum ada perancangan yang jelas. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan