Inilah Hijabista Pertama MCU Yang Diperkenalkan Dalam 'Far From Home'


Bagi yang sudah menonton filem Spider-man: Far From Home, pastinya ada yang akan tertanya-tanya siapakah gadis bertudung yang menjadi teman sekelas Peter Parker dalam kembara melawat Eropah. Walaupun namanya tidak segah pelakon lain, pelakon yang menggunakan nama Zoha Rahman ini menarik perhatian.


Zoha Rahman ialah pelakon yang baru menceburi dunia perfileman di Hollywood. Dia ialah gadis yang berasal dari Pakistan, namun sekadang menetap di London. Dia kini sedang belajar di Universiti of London dalam bidang guaman. Untuk berlakon dalam filem Spider-man: Far From Home, dia mengambil cuti belajar selama satu tahun. 


Pelakon ini di dunia sebenarnya tidaklah mengenakan tudung walaupun dia ialah seorang muslim. Dia menyatakan bahawa antara sebab dia menerima tawaran berlakon di dalam filem ini adalah kerana untuk mengubah persepsi dunia tentang wanita Islam.

Walaupun watak lakonan Zoha Rahman ini kecil, ramai penggemar filem MCU menyangkakan bahawa ianya ialah petanda bahawa MCU bakal membawakan watak superhero Muslim pertama mereka, Kamala Khan ke layar perak kelak. Walaupun ini hanya sekadar teori, pastinya para penonton teruja untuk menunggu, jika ianya benar. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan