Edward Furlong Disahkan Akan Kembali Dalam 'Terminator: Dark Fate'

Penerbit filem Terminator: Dark Fate mendedahkan bahawa pelakon Edward Furlong yang memegang peranan sebagai John Connor akan kembali dalam filem tersebut. Namun, James Cameron tidak mendedahkan apa peranan John Connor dalam filem ini. Apapun, melihat Edward Furlong melakonkan watak John Connor mungkin sesuatu yang mengujakan.


Penonton mungkin mempunyai persoalan tentang watak John Connor yang dilakonkan oleh Nick Stahl dan bagaimana ianya berkesinambungan daripada filem Dark Fate. Korang boleh buang ke tepi filem The Rise of The Machine dan filem Terminator selepas Judgement Day kerana filem tersebut tidak berada dalam kontinuiti filem Terminator: Dark Fate lagi.

Di dalam sesi temubual di Comic Con juga, James Cameron mendedahkan bahawa filem Terminator: Dark Fate akan menerima rating R dan juga akan bersambung daripada kesudahan filem Terminator: Judgement Day sekaligus membina timeline baru dalam filem ini. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan