'Doctor Strange 2' Ialah Filem Seram Pertama Marvel Cinematic Universe


Sekuel kepada filem Doctor Strange kini akan menjadi filem Marvel Cinematic Universe pertama yang akan bergenre seram. Filem sekuel yang dikenali sebagai Doctor Strange in the Multiverse of Madness merupakan satu daripada beberapa projek Phase 4 Marvel Cinematic Universe yang baru diumumkan di San Diego Comic-con.


Doctor Strange muncul buat pertamakalinya pada tahun 2016 dan telah muncul dalam empat filem sbeelum ini. Filem sekuel ini bakal mengembalikan pengarah Scott Derrickson sebagai pengarah filem tersebut. Semestinya, Benedict Cumberbatch akan melakonka watak Doctor Strange buat kali kelimanya. 

Genre sekuel Doctor Strange ini disahkan sendiri oleh pengarah filem itu yang menyatakan bahawa filem ini akan menjadi filem seram pertama Marvel Cinematic Universe. Di dalam filem ini, Doctor Strange akan dibantu oleh Scarlet Witch yang turut membuat kemunculan sebelum siri original WandaVision bermula.

Scott Derrickson ialah pengarah filem seram yang sebelum ini mengarahkan filem seram seperti The Exorcism of Emily Rose dan Sinister. Dia memang sudah biasa dengan genre ini dan semestinya benda mudah untuk meletakkan elemen seram dalam filem filem MCU. 

Walaupun plotnya belum didedahkan, buat masa ini kita hanya mampu membayangkan bagaimanakah genre seram akan berjaya dalam dunia MCU.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan