Ulasan Filem: Mata Batin 2 (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Rocky Soraya
Pelakon | Jessica Mila, Nabilah Ratna Ayu Azalia, Sophia Latjuba

Sekuel dari filem Mata Batin ini sebenarnya berjaya menepis tanggapan negatif aku terhadap filem pertama yang terbit pada tahun 2017. Filem Mata Batin 2 bukan sahaja jauh daripada filem pertamanya, malah berjaya memberikan rasa baru yang membuatkan filem ni layak dipuji. Yalah kan, semua orang tahu filem Hitmaker Studios ni nak try jadi too Hollywood sampai kadang-kadang nampak too much. Tapi, tidak pada Mata Batin 2.

Mata Batin 2 mempunyai plot yang tidak ada kaitan langsung dengan filem pertama. Jadi, kalau korang tak tonton Mata Batin, jangan risau, korang masih boleh tonton filem ni tanpa gangguan. Tak ada plot yang berkait dengan filem pertama melainkan beberapa watak sahaja dari filem pertama yang menjadi penerus kepada sekuel ini.

Kebanyakan watak ialah watak baru. Malah,latar tempat juga ialah latar baru sekaligus menyebabkan plot filem ni tidak berkait langsung dengan filem pertama. Ringkasnya, Mata Batin 2 mengisahkan adik kepada Alia (Jessica Mila) yang meninggal dunia. Kematian adiknya itu membawanya ke sebuah rumah anak yatim. Dan di situ, ada misteri yang tersimpan.

Pada aku, plot filem ni mengingatkan aku kepada filem Annabelle: Creation. Tema tentang rumah anak yatim, sosok misteri di dalam rumah, kisah silam yang mula membalas dendam, semuanya adalah elemen-elemen biasa filem Hollywood yang dipinjamkan ke dalam filem ni. Jujurnya, peminjaman ini boleh dikatakan berjaya serasi dengan budaya filem ni dan tampak sebati dan ada originaliti.

Bagi yang selalu menonton filem terbitan Hitmaker Studio, sudah pasti korang terbiasa dengan teknik sinematografi yang cuba untuk lari dari norma biasa. Ada scene-scene yang kelihatan ambitious dan unik sekaligus menjadikan filem terbitan Hitmaker Studios mempunyai ciri-ciri dan kekuatan yang tersendiri. Boleh aku katakana bahawa scene yang nampak ambitious dalam filem ni tak melebih-lebih. Ada elemen CGI yang digunakan yang berjaya blend well dengan persekitaran dan mencantikkan visual.

Dari segi jumpscare, filem ni memang gagallah mentanjatkan aku. Memang pada aku, filem ni tidaklah berada pada level seram yang hebat. Filem ni lebih kepada seram pada fasa pertama sebelum kemudiannya bertukar menjadi filem exorcism di fasa kedua. Mungkin filem ni tidak mementingkan jumpscare tetapi lebih kepada rasukan yang mana antara faktor kenapa aku menonton filem ni.

Boleh aku katakan bahawa Mata Batin 2 berjaya untuk sebatikan elemen-elemen cerita dan juga gabungan visual dengan sederhana. Tiada unsur yang melebih-lebih dan buatkan aku rasa muak. Cuma bila baca jampi tu je nampak fake sangat sebab tak ada unsur realistik dalam jampi. Rasa nak tergelak pun ada.

Apapun, Mata Batin 2 mungkin antara filem Indonesia yang berjaya memberi definisi seramnya yang tersendiri. Filem ini berjaya memberikan rasa seakan menonton filem Hollywood tetapi dengan saduran budaya Indonesia. Ianya mungkin bukan filem yang terhebat, tetapi ianya adalah filem yang memang boleh layan.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan