TRENDING
SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK
- Get link
- Other Apps
Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Aanand L Rai
Pelakon | Shah Rukh Khan, Anushka Sharma, Katrina Kaif
Zero merupakan satu lagi percubaan daripada syarikat VFX milik Shah Rukh Khan untuk cuba memberikan Shah Rukh Khan satu sisi lakonan yang menarik. Ketika pelakon lain mencuba untuk menjadi pelbagai karakter dengan pelbagai perubahan fizikal, Shah Rukh Khan nampaknya menarik cara mudah apabila berubah menjadi pendek dengan kerja buat kesan khas.
Beberapa tahun dulu, Shah Rukh Khan dimudakan dan diciptakan kembarnya dalam filem Fan. Kini, Shah Rukh Khan menjadi pendek dan gila-gila dalam filem ini. Ya, jangan tak tahu, Zero ialah kehebatan kesan khas apabila Shah Rukh Khan dipendekkan sehinggakan kita rasa bahawa pelakon ni malas betul nak train badan macam Aamir Khan mahupun Salman Khan.
Dari satu sisi, mungkin kerja kesan khas filem ni adalah sesuatu yang menakjubkan. Filem ni memang ada aura itu walaupun ada beberapa bahagian kesan khas kelihatan tidak kemas. Namun, untuk keseluruhan, memang Shah Rukh Khan Berjaya dikecilkan walaupun lakonannya masih tidak berubah dari masa ke masa.
Zero sebenarnya agak mengecewakan. Yup, agak kesal sedikit apabila filem ni tidak memberikan penceritaan yang lebih hebat dari biasa. Kita disajikan dengan dua lakonan mantap dari Katrina Kaif dan Anushka Sharma, namun filem ni gagal untuk menyerlahkan gandingan gandingan hebat ini ke tahap tinggi.
Apa tidaknya, Zero hanyalah sebuah filem cinta tiga segi biasa, cuma kali ini kisahnya pasal si pendek. Di fasa pertama, filem ni masih boleh hadam. Walaupun kisahnya macam cliché, tapi sebagai penggemar Bollywood, separuh masa pertama masih boleh dihadam. Ianya mempunyai motif dan boleh bergerak dengan baik.
Sayangnya, di fasa kedua filem, filem ni dah tunggang langgang. Masuk pulak dengan elemen nak hantar manusia ke Marikh yang dah macam filem omputeh, dengan pelbagai babak yang entah apa-apa, filem ni dah ke laut. Semacam terpesong dari matlamat asal, dan akhirnya mendarat entah di mana sehinggakan aku terkebil-kebil melihat ending filem ni.
Senang cakap, kalau kau memang peminat tegar Shah Rukh Khan, katalah apa saja, kau akan tetap backup filem ni. Tapi, aku, tidak. Aku rasa, Zero menderita kerana penceritaan filem ni yang agak gagal untuk memberikan kekuatan. Visual efek dah cukup power, tapi sayang ceritanya ke laut. Memang siapa yang tak tahan boleh berhenti separuh jalan woi!
Apapun, visual filem ni memang menakjubkan. Malah, lagu di dalam filem ni pun memang mengasyikkan. Itu sajalah kekuatan yang ada pada filem ni. Selebihnya, percubaan untuk menjadi hebat yang tersasar. Memang entah kenapa Shah Rukh Khan boleh terima untuk filem sebegini. Satu lagi filem flop Shah Rukh Khan.
Kesimpulannya, Zero sememangnya bermula dengan zero dan berakhir dengan zero. Zero pada pembaharuan penceritaan, zero pada kekuatan cerita, dan zero pada penceritaan yang entah apa-apa. Ianya agak mengecewakan apabila mendapati pelakon bertaraf hebat itu kini menghadapi pelbagai filem yang sedang meruntuhkan namanya.
Apapun, nak tonton, tontonlah, tak paksa.
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
Menarik!
Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]
Misteri Dilaila merupakan sebuah lagi karya Syafiq Yusof yang cuba untuk mencari sisi baru dalam dunia perfileman filem tempatan. Melalui Misteri Dilaila, Syafiq Yusof sebenarnya bukan sahaja menampilkan nafas baru filem seram thriller, tetapi cuna untuk mengejutkan penonton dari tidur dengan gimik promosinya. Ketahuilah bahawa filem Misteri Dilaila mempunyai dua versi. Versi 1 dan Versi 2 mempunyai kekuatan yang berbeza. Sebelum bacaan diteruskan, ambil maklum bahawa huraian ini mempunyai SPOILER MAJOR! Tidak digalakkan untuk teruskan bacaan jika korang masih belum tonton. - - - - - - - - - Versi 1 - ringkasnya, Jefry ialah orang jahat. Versi 2 - ringkasnya, Azman ialah orang jahat. Admin hanya berkesempatan tonton versi 2! So, berikut ialah ulasan berkenaan Misteri Dilaila Versi 2! HURAIAN ENDING FILEM ‘MISTERI DILAILA’ VERSI 2 Di dalam versi 2, kita dapat tahu bahawa Sasqia Dahuri sebenarnya ialah perempuan
5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]
Kita sering mendengar bahawa filem luar seringkali diban kerana unsur-unsur melampau dari pelbagai aspek yang tidak dibolehkan di tayang di Malaysia. Namun, tahukah anda bahawa banyak juga filem Malaysia yang panas dan mempunyai adegan berahi yang ditayangkan di Malaysia? Jika berminat: KETAHUI CARA NAK TRACE AKAUN NETFLIX KORANG DAH KENA HACKED ATAU TAK! Mungkin adegan itu tidaklah sehebat Hollywood. Tetapi, ianya masih menggambarkan bahawa Malaysia juga mahu jadi seperti mereka. Kami sajikan 5 filem yang mempunyai adegan 'panas' yang korang mungkin tak tahu. 1. Spinning Gasing (2001) Filem arahan pengarah Teck Tan ini menampilkan pelakon berbakat Malaysia seperti Allahyarham Hani Mohsin, Ellie Suriati Omar, Rosyam Nor dan Jalaludin Hassan. Filem yang menelan belanja RM2.4 juta ini gagal menyerlah di Malaysia dan hanya memperoleh kutipan sebanyak RM484,450.04 sahaja. Versi asal filem ini diharamkan tayangannya di Malaysia. Namun, pengharaman it
Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'
Dalam babak akhir filem Munafik 2, kita dapat lihat Ustaz Adam membaca doa yang dikenali sebagai Doa Bismillah 9. Ramai yang terlepas pandang kerana ayat ini jarang diamalkan. Ayat Doa Bismillah 9 ini sebenarnya sudah dinyanyikan oleh Mawi dalam lagu Al-Haq bersama gandingan vokal AC Mizal. Mari kita lihat doa berikut: Cara mangamalkannya adalah seperti berikut: 1. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada Nabi Muhammad SAW. (1 kali) 2. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada seluruh Rasul dan Malaikat Allah (1 kali) 3. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada wali-wali Allah, ulama dan seluruh kaum muslimin (1 kali) 4. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW (1 kali atau lebih) 5. Kemudian disambung dengan membaca Hizib Al-Hafiz seperti berikut: Fadhilat ayat ‘Bismillah 9’ ini amat besar sekiranya diamalkan setiap kali selepas solat, 1. Jika sesiapa beristiqamah mengamalkan ayat ‘Bismillah 9’ , InsyaAllah segala hajat akan ditunaikan oleh Allah SWT. 2. M
Ulasan Ringkas Setiap Episod Siri 'KL Gangster: Underworld' [SPOILER ALERT]
KL Gangster: Underworld kini sudah boleh ditonton di laman penstriman iFlix. Tak perlu bayar ok! Hanya perlud download aplikasi iFlix dan kemudian daftar dengan menggunakan Facebook anda, korang boleh terus layan siri enam episod ini dengan tenang. Pilihan sarikata Bahasa Melayu disediakan dan kualiti visual ialah dalam High Definition. Kami sudah menonton enam episod KL Gangster: Underworld. Boleh kami katakan yang kerancakan siri ini bermula pada episod 3 dan seterusnya. Pada kami, KL Gangster: Underworld membuka ruang baru untuk francais KL Gangster berkembang, kali ini dengan dunia baru, dan kisah baru. Berikut ialah ulasan kami secara ringkas. Ambil tahu bahawa post ini mengandungi SPOILER! EPISOD 1: Masa Yang Sesuai Episod pertama KL Gangster: Underworld ini mengisahkan bagaimana Shah (Beto Kushairy) dari Geng Kampung Baru, dan Elina (Ezzaty Abdullah), mak ayam Geng Cheras yang bercinta dalam rahsia. Walaupun mereka berahsia, Ayah Zan (Hasnul Rahmat)
5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]
Disebabkan artikel sebelum ini mendapat sambutan yang hangat, admin dengan ini dengan pantasnya membawakan kesinambungan kepada artikel yang memaparkan filem-filem Malaysia yang sememangnya berani mati sehingga mengabaikan aspek yang dianggap taboo oleh masyarakat Malaysia. Jika berminat: KETAHUI CARA NAK TRACE AKAUN NETFLIX KORANG DAH KENA HACKED ATAU TAK! Nah, kami sajikan 5 lagi filem yang sememangnya panas membara: 1. Abuya: Part 2 (2011) Jangan pelik, filem ini tidak ada Part 1. Entah kenapa ianya dinamakan Part 2 tidaklah diketahui. Filem ini gagal menyerlah di pawagam walaupun ianya meletakkan aura Faizal Hussein sebagai teraju utama. Malah, faktor keseksian Jue Aziz, Andrea Abdullah dan beberapa pelakon lain yang memegang peranan sebagai isteri-isteri Abuya gagal menambat peminat. Antara babak panas yang ditayangkan dalam filem ini termasuklah adegan isteri Abuya sedang terbaring bernafsu dan juga adegan nasi kangkang. Beberapa adegan yang mun
Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]
Pengabdi Setan, remake filem 1980an yang mengisahkan keluarga yang diganggu makhluk halus selepas kematian ibu mereka nampaknya menerima pelbagai reaksi. Ada yang menyatakan bahawa ianya tidak menyeramkan dan ada yang memuji gaya garapan sutradara Joko Anwar. Paling memeningkan kepala semestinya ending filem ini yang dibikin agak ringkas. Kami akan huraikan penamat filem ini dan bagaimanakah adegan akhir filem ini membuka kepada kisah yang lebih besar. Ambil maklum bahawa penulisan selepas ini mempunyai SPOILER MAJOR yang mana boleh membuatkan korang sakit hati jika masih tidak menonton filem ini. Kami harap anda berhenti membaca jika masih belum menonton filem ini. HURAIAN BABAK KEMUNCAK PENGABDI SETAN Selepas diganggu dengan pelbagai cara, Bapak dan anak-anaknya yakni Rini, Tony, Bondi dan Ian sudah bersedia untuk berpindah. Hendak dijadikan cerita, kenderaan yang mahu membawa mereka keluar daripada rumah tersebut tidak kunjung tiba. Sang Ustad, yang mana kehilan
Bagaimana Menonton Netflix Di Laptop/ PC Tanpa Menggunakan Pelayar Internet
Ramai yang mengeluh apabila menonton Netflix menggunakan pelayar Google Chrome/ Internet Explorer atau Mozilla, mereka terpaksa menyusun paparan muka yang agak remeh. Kadangkala, ketika kita sedang buat kerja lain, paparan Netflix akan berada di belakang dan akan mengganggu penontonan. Baiklah, hari ini kami akan ajar bagaimana untuk menonton Netflix sambil buat kerja lain di Windows tanpa mengganggu kerja anda dan juga paparan Windows anda yang lain. 1. Pertama, pergi ke Microsoft Store 2. Search Netflix, dan download sepertimana anda mendownload di Playstore atau Apple Store. 3. Selepas mendownload, Log In dan pastikan anda menggunakan fungsi pinned yang berada di bawah sebelah kanan video. Fungsi ini akan membuatkan video anda berada di atas paparan walaupun berapa banyak aplikasi lain yang anda buka. Sekian. Itu sahaja! NAK TAHU MACAM MANA NAK TRACE AKAUN NETFLIX KORANG KENA HACK ATAU TAK? KLIK SINI!
Membedah 5 Lagu Dari Filem 'Hantu Kak Limah' [SPOILER ALERT]
Hantu Kak Limah, naskah baru dalam dunia filem Kampung Pisang kini sudah hangat ditayangkan di pawagam. Dengan kutipan mencecah RM1.8 juta pada hari pertama tayangan, filem Hantu Kak Limah mencatat fenomenanya yang tersendiri selepas filem pertama berkisar Kak Limah diterbitkan pada tahun 2010. Di setiap filem, pengarah filem Mamat Khalid sentiasa meletakkan lagu yang mengembalikan memori. Filem Hantu Kak Limah juga tidak lupa menyertakan pelbagai lagu menggamit kenangan yang membuka mata penonton masa kini untuk menghargai lagu-lagu lama. Kami akan huraikan isi tersurat dan tersirat di sebalik setiap lagu yang mengisi filem Hantu Kak Limah. Ambil maklum bahawa MAJOR SPOILER akan didedahkan selepas perenggan ini. Jangan baca jika anda masih belum menonton filem Hantu Kak Limah. - - - - - - - - - 1. Qurbani Qurbani - Anwar, Kishore Kumar, Aziz Nazan Tersurat Lagu ini disiulkan oleh Yeh dalam bilik air ketika dia ingin mandi sele
10 Ayat Pendiding Yang Digunakan Dalam Filem 'Munafik 2' [SEBARKAN]
Munafik 2 menampilkan ayat-ayat ruqyah yang digunakan oleh Syamsul Yusof dalam setiap dialognya. Ayat-ayat ini sebenarnya boleh digunakan sebagai pendinding dalam kehidupan seharian kita. Berikut ialah senarai ayat Al-Quran yang digunakan dalam filem ini seperti yang ditulis oleh Oh Media! 1. Al-Baqarah, ayat 148 2. Al-Hijr, ayat 35 3. An-Nur, ayat 21 4. Aaraf, ayat 117-123 5. Al-Israa, ayat 82 6. Asy Syu’araa, ayat 80 7. Taha, ayat 68-70 8. Yunus, ayat 81-84 9. Ayatul Kursi 10. Al-Hasyr, ayat 21 Namun, Syamsul Yusof menasihatkan supaya berhati-hati menggunakan ayat Al-Baqarah ayat 148 kerana ianya ialah ayat yang sangat kuat. Al Baqarah 148 tu sy mohon berhati2 jika digunakan sewaktu Ruqyah org.Silap2 jin dlm badan boleh respon.Serious. https://t.co/xnrUZReym5 — Syamsul Yusof (@SyamsulYusof84) September 1, 2018 Munafik 2 kini di pawagam! LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
Ulasan Filem: Toko Barang Mantan (2020)
Tahun Terbit | 2020 Pengarah | Viva Westi Pelakon | Reza Rahadian, Marsha Timothy, Iedil Putra, Dea Panendra Aku cuba untuk menonton filem ini semuanya kerana pelakonnya, Reza Rahadian. Sebelum ini, filem lakonannya tidak dinafikan mempunyai keunikan yang tersendiri. Dari menjadi gila-gila dalam My Stupid Boss sehinggalah watak presiden Indonesia dalam Habiby dan Ainun, semua lakonan pelakon ni ada aura dan sangat aku sukai. Lalu, saat filem Toko Barang Mantan ini lalu di suggestion list aku di Netflix, aku tidak fikir banyak kali untuk aku klik play. Lagipun, Toko Barang Mantan mempunyai pelakon dari Malaysia, Iedil Putra yang menjadi antara pelakon Malaysia kegemaran pengarah filem Indonesia. Dan saat aku memulakan tontonan, aku sudah mula rasakan yang Toko Barang Mantan tidak sekuat filem Reza Rahadian yang lain. Ringkasnya, Toko Barang Mantan mengisahkan tentang Tristan yang mengusahakan Toko Barang Mantan. Toko Barang Mantan ni kalau dalam bahasa Melayunya ialah kedai barang sec
Comments
Post a Comment