Ulasan Filem: See You Yesterday (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Stefon Bristol
Pelakon | Eden Duncan-Smith, Danté Crichlow, Brian "Stro" Bradley

Pertamakali aku melihat filem ni di aplikasi penstriman Netflix, aku memang tak tertarik pun nak tonton. Kenapa? Sebab pertamanya, filem ni takde casting yang mantap. Bukan sebab main cast dia berkulit hitam, tetapi sebab tiada pelakon gred hebat dalam filem ni. Melihat kepada poster, filem ni tak ubah seperti filem untuk siaran tv kanak-kanak.

Namun, akhirnya aku tertarik untuk menonton filem See You Yesterday ni sebab ramai yang membuka perbincangan tentang ending filem ni. Lalu, aku pun mulakan penontonan, dan boleh dikatakan bahawa pengalaman aku menonton seperti agak kurang membawa sebarang kekuatan untuk aku memuji filem ni.

Tetapi, tak juga au mengeji. Filem ni semacam sebuah filem untuk drama tv yang mana menggunakan elemen time travel tetapi sebenarnya tidaklah mempunyai pemberatan pada time travel. Ada perkara lain yang mahu diperkatakan yang menjadikan filem ni adalah sebuah sisi pandang pengarah terhadap isu rasism kulit hitam kulit putih di negara Amerika khususnya.

Di dalam filem ni, kita diperlihatkan dengan dua watak, CJ dan Sebastian yang mencipta alat untuk merentas masa untuk menyelamatkan abang kepada CJ yang mana ditembak oleh polis kerana menyangkakan dia ialah perompak sebuah kedai. Kisahnya simple, tetapi, bagi yang membaca isu selasa, isu rasism polis di Amerika dengan orang kulit hitam di sana bukanlah sesuatu yang luar biasa.

See You Yesterday berpijak pada isu ini yang mana sentiasa menjadi perdebatan tentang bagaimana orang kulit putih melayan orang kulit hitam dengan bias sedangkan mereka sudah berada di sebuah negara yang menyamaratakan hak. Dan dengan elemen time travel, filem ni cuba untuk berkata bahawa isu ini, walaupun sebanyak mana kau cuba betulkan dengan berapa kali time travel pun, ianya takkan pernah betul.

Dari satu sisi, aku salute dengan isu yang dipaparkan. Walaupun berdukacita sebab filem ni macam drama tv low budget, isu yang dipaparkan berjaya untuk menarik perhatian aku untuk melihat bagaimana filem ni cuba untuk menyampaikan mesejnya. Dan ianya adalah satu kekuatan yang mungkin dapat menenggelamkan keburukan filem ni.

Dari sisi lain, filem ni memang tak banyak kekuatan. Ianya memang dibuat dengan bajet sederhana mungkin, sehingga visualnya memang terlalu simple dan tidak menarik langsung. Malah, gadget untuk merentas masa memang macam drama budak budak di saluran Disney. Malah, lakonan pelakon juga agak kurang menarik.

Yup, jika pada penilaian akulah, filem ni ialah sebuah filem yang tidak patut ditonton kalau kau mengharapkan CGI hebat dan juga kekuatan elemen time travel yang mana korang tonton dalam filem Hollywood lain. Persembahan elemen time travel dalam filem ni memang berada pada tahap mudah untuk memahamkan korang.

Lazat tu tak, tetapi buruk satu dua tempat. Masih boleh dinikmati untuk melihat isunya dan bukannya keraja buat filem ni yang memang tak macam filem hebat. Semestinya, korang tengok thumbnail kat Netflix pun korang takkan tekan untuk Play, tapi, kalau kau tekan Play, maybe korang dapat tonton filem time travel paling mudah dalam sejarah.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan