Ulasan Filem: Rim of the World (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | McG
Pelakon | Jack Gore, Miya Cech, Benjamin Flores Jr.

Seriusnya, selepas aku mula menonton filem ni hanya kerana aku terpengaruh atas nama pengarah filem ni, aku rasa terseksa sangat. Rim of the World, bunyi tu memang terawang-awang filem macam filem Pacific Rim, tapi, sayang, apa yang aku hajatkan, memang takde. Malah, selepas menonton keseluruhan filem ni, aku boleh sifatkan ini ialah filem McG paling terburuk pernah dihasilkan.

Filem ni mengisahkan bagaimana beberapa orang budak yang berada di sebuah kem yang dinamakan Rim of the World terpaksa menjadi penyelamat dunia apabila dunia diserang oleh makhluk asing. Mereka terpaksa berhadapan dengan satu perjalanan yang sejujurnya hanya untuk dewasa.

Apa yang menggagalkan pada aku terlalu banyak. Filem ni memang tidak ada sesuatu yang baru. Penceritaan filem ni memang simple dan penuh dengan aspek yang tidak menyegarkan. Ianya seakan menonton filem Disney Original di saluran TV. Kualiti untuk digelar filem memang agak gagal dan tidak sesuai.

Plot filem ni bukanlah sesuatu yang baru. Memang bersepah plot yang cliché dalam filem ni dan menyebabkan aku rasa agak lambat nak habiskan filem ni. Ending dia memang sesuatu yang agak malas dan agak melepaskan batuk di tangga. Seakan-akan meletakkan sebuah game dalam filem, tetapi menjadi buruk, seakan itulah ending filem ni.

Dari aspek visual, filem ni mempunyai kualiti CGI yang agak teruk. Animasi VFX agak sederhana dan tidak ditata dengan kemas. Malah, babak aksi juga memang terlalu simple dan memang macam malas. Aku tak tahulah sama ada McG ambik tugas nak buat filem ni sebab takde job atau macammana. Sebab sebelum ni, The Babysitter memang boleh layan.

Namun, walaupun filem ni buruk dengan dialog yang memang try hard nak jadi dewasa, aku juga rasakan ada beberapa babak yang menarik. Beberapa dialog Berjaya menarik perhatian aku. Tetapi, keseluruhannya dialog filem ni memang try hard habis.

Memang tak dinafikan bahawa lakonan kesemua pelakon kanak-kanak dalam filem ni memang tak menyerlah langsung. Daripada kesemua watak, mungkin watak lakonan Miya Cech antara yang mencuri tumpuan. Sayangnya, wataknya tidaklah diberi penonjolan yang lebih. Aku sendiri confius filem ni nak bercerita tentang siapa?

Honestly, walaupun filem ni buruk untuk orang dewasa macam aku, mungkin aku rasakan filem ni boleh dihayati oleh kanak-kanak dengan gembira. Namun, tak tahulah kalau ibu bapa nak kasi tonton ke tak filem ni sebab budak-budak ni semuanya bertutur dialog dewasa siap dengan curse word semua!

Mungkin Rim of the World tidak ditarget menjadi filem yang menonjol di Netflix. Entahlah. Mungkin Netflix ambik buat filem ni sekadar untuk menambahkan katalog mereka. Dan akhirnya, dengan kegagalan dari aspek penceritaan dan lakon layar, filem ni memang tersungkur dan buat habis data je melayan filem ni.

Tak berbaloi untuk dilayan. Better rewatch The Babysitter!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan