TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Pihu (2018)

Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Vinod Kapri
Pelakon | Myra Vishwakarma

Idea filem Bollywood nampaknya makin liar. Kreativiti pengarah di dalam filem Bollywood nampaknya makin lama makin teruji apabila banyak idea luar biasa mulai muncul dalam dunia sinema mereka. Terbaru, Pihu dari pengarah Vinod Kapri adalah hidangan terbaru dunia Bollywood untuk menggambarkan sisi kreatif mereka.

Pihu bukanlah sebuah filem luar biasa kalau di Hollywood. Genre thriller yang memfokuskan kepada satu watak sahaja sudah lama ada di sana. Dan semestinya, dengan kebergantungan kepada satu karakter, lakonan yang baik, plot yang intense dan jalan cerita yang penuh plot twist membuatkan filem sebegini sedap dimakan.

Pihu kelihatan mencuba ramuan sedemikian. Namun, filem ini masih kurang di sana sini untuk menjadi sebuah filem drama thriller yang baik. Ya, Bollywood mungkin belum ada genre sebegini lagi buat masa kini selain Pihu, justeru, comparing Pihu dengan filem thriller lain di Bollywood mungkin tidak wajar.

Pihu menampilkan pelakon cilik Myra Vishwakarma yang mana sebelum ini tidak pernah berlakon lagsung. Dan plot filem ni berkisar tentang ragam Pihu di dalam rumah flat apabila ibunya meninggal dunia dalam tidur selepas menyambut harijadi kedua Pihu. Sepanjang filem, apa yang disajikan ialah paparan worst case scenario apabila budak kecil dibiarkan keseorangan dalam persekitaran tanpa pengawasan dewasa.

Pada satu sisi, filem ni boleh dipuji. Idea untuk menampilkan penceritaan sebegini kelihatan segar dan luar kotak. Penceritaan sebegini juga memberikan ruang untuk filem-filem Bollywood berevolusi dan mendapat tempat di hati penonton baru. Sayangnya, Pihu gagal untuk memberikan kekuatan sedemikian.

Penceritaan Pihu memang berterabur. Tak ada motif yang baik dengan beberapa bahagian filem kelihatan agak dragging sekaligus membosankan. Pengarah mungkin mencipta beberapa situasi yang begitu intense dalam gambaran worst case scenario Pihu berseorangan, namun, garapannya gagal untuk menjadi menarik dan tertarik.

Lakonan Pihu yang kononnya diambil secara natural gagal untuk membangkitkan suasana tegang. Dialog Pihu kelihatan kaku dan diarah. Dan realistik yang dimaksudkan kelihatan agak canggung apabila Pihu seakan-akan ke sana ke mari tanpa motif yang baik. Malah, lakonannya kelihatan seperti melihat bahagian behind the scene sahaja dan bukan filem sebenar.

Selain plot yang meleret, filem ni juga tidak ada karakter penyokong yang kuat. Sudahlah Pihu itu tenggelam dalam jiwa kanak-kanaknya, ceritanya juga kelihatan tidak begitu kemas garapannya. Dan semuanya kelihatan separuh masak. Tetapi, mungkin mesej yang nak digambarkan itu sampai, cuma untuk hiburan peminat thriller, ianya tak sampai mana.

Pada aku, Pihu mungkin boleh dipuji kerana idea yang ada memang segar dan tidak pernah ada dalam filem-filem Bollywood. Namun, untuk memuji filem ni hebat mungkin tidak. Terlalu banyak penambahbaikan perlu dibuat di dalam filem bergenre sebegini pada masa akan datang. Apapun, denga filem ni, kita memang sedar bahawa anak kecil memang berbahaya apabila dibiarkan bersendirian.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Comments

Menarik!

Lagu Tema Ejen Ali The Movie 'Bukalah Matamu' Ciplak Muzik Luar?

Ulasan Filem: Geran (2019)

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Membedah 5 Lagu Dari Filem 'Hantu Kak Limah' [SPOILER ALERT]

Huraian Babak Post-Kredit Filem 'Geran' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Between Two Ferns The Movie (2019)