Ulasan Filem: Pegasus (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Han Han
Pelakon | Teng Shen, Johnny Huang, Zheng Yin 

Bila aku menonton filem ni, memang apa yang menjadi tarikan aku ialah lawak-lawak filem ni yang seakan filem Stephen Chow. Ada lawak mimik muka, dengan editing yang sangat kelakar, diadun pula dengan kesan khas yang memang menakjubkan. Memang Pegasus memang ada sesuatu yang nak diceritakan, tetapi tidaklah sempurna.

Filem Pegasus bukan kisah pasal kuda pegasus. Filem ni berkisah tentang seorang lelaki bernama Zhang Chi yang mana meninggalkan dunia racing kerana kejadian lampau. Selepas lesennya dilucutkan dan dikenakan tindakan undang-undang, Zhang Chi bertekad untuk kembali ke arena perlumbaan setelah sekian lama.

Filem yang berkisah tentang lelaki dan cita-citanya yang terhalang dengan pelbagai cabaran ini memang penuh dengan adegan komedi. Jangan sangka filem ni macam Fast & Furious, sebab filem ni tidaklah ada perlumbaan kereta sehinggalah nak sampai ke akhir, barulah ada satu. Sepanjang filem, kita disajikan dengan usaha Zhang Chi nak dapatkan kereta sahaja!

Permulaan filem ni memang padu. A mixed with angan-angan dengan kelakar bersahaja, filem ni bermula dengan baik. Memang tak ubah seperti menonton filem Stephen Chow. Namun, bila sampai ke pertengahan filem, filem ni seakan membosankan kerana masih mengulangi lawak lawak sama. Tetapi, memang penantian sedikit berbaloi apabila ending filem ni, racing yang dipaparkan memang terbaik.

Filem ni mengadunkan aspek visual yang cukup baik. Babak-babak dipenuhi dengan warna-warna terang dan menarik. Selain itu, kerja sinematografinya mencuri tumpuan dengan kesan khas diletakkan pada tempat yang selayaknya. Sememangnya filem ni nampak ekslusif pada visualnya kerana kerja visual yang sangat bagus.

Lakonan Shen Teng memang mencuri tumpuan. Lakonannya dengan watak yang selamba dan memang sentiasa bernasib malang menjadi antara perkara yang sentiasa membuatkan penonton mahu menunggu sehingga penamat. Perjalanan wataknya memang menarik dan penuh dengan pelbagai kesukaran yang menarik untuk disaksikan.

Kalau nak dibandingkan kehebatan filem ni, mungkin aku boleh bandingkan dengan filem Rush arahan Ron Howard. Permainan slow motion dan juga visual serta muzik latar menjadi kekuatan filem ni. Cuma untuk Rush berada setara dengan Pegasus memang taklah. Tapi, Pegasus memang menghampiri filem garapan Ron Howard itu.

Apapun, Pegasus sebenarnya bercerita tentang impian dan cabaran dalam dunia racing. Filem ni seakan bercerita bahawa untuk berada dalam arena perlumbaan kereta sebenarnya bukan senang. Ada yang mati dan ada yang ditimpa bencana.

Dalam ketawa, filem ni sebenarnya menjadi tribute kepada kesemua pelumba yang berkecimpung dalam arena perlumbaan kereta. Kita diperlihatkan bahawa bukan mudah untuk nak menjadi seorang racer. Dan sebagai racer, setiap deru enjin yang bergetar di atas jalan adalah setiap detik yang ditunggu maut!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan