TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Furie (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Le-Van Kiet
Pelakon | Veronica Ngo, Pham Anh Koa, Kim Long Thach

Satu lagi filem yang tidak boleh dipandang sepi oleh peminat aksi. Sebuah filem dari Vietnam yang mana jarang kita lihat filemnya, Furie berjaya membuka mata aku untuk melihat kekuatan filem negara ini. Apa tidaknya, membandingkan filem Furie dengan Maria yang ditayangkan di Netflix dalam tarikh lebih kurang sama membuatkan aku rasakan Furie ada kekuatan yang tersendiri.

Sebelum berbicara lanjut mengenai filem Furie lakonan Veronica Ngo, bolehlah aku simpulkan yang Furie merupakan mixture elemen kisah yang ringkas tetapi disulam dengan aksi yang begitu adrenalin pumping. Bukan itu sahaja, aksi pertarungan di luar jangkaan dan bukan indah dari rupa! Aku akan ceritakan lanjut nanti.

Furie mengisahkan bagaimana seorang ibu, yang merupakan pengutip hutang terpaksa berhadapan dengan penculikan anaknya. Mai lakonan Veronica Ngo terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan bertarung dengan pelbagai orang jahat hanya demi untuk mendapatkan anaknya. Plot simple, tetapi jangan sangka perjalannya mudah.

Aku suka Furie kerana filem ni berjaya mengadunkan elemen tradisional Vietnam dan juga aksi lagak yang biasa kita tonton dalam filem Thailand. Sudah lama rasanya kita tidak menonton aksi-aksi berlatar belakangkan sungai dan juga pokok-pokok pisang dan suasana kampong. Malah, watak utama pula hanya mengenakan pakaian santai penduduk Vietnam yang menjadikan suasana nampak jatidiri.

Kalau nak dicompare dengan filem luar, Furie boleh dianggap sebagai Taken dengan adunan John Wick. Filem ni memang berjaya menyerlahkan pelbagai aksi yang sememangnya buatkan penonton tak senang duduk. Hal ini sekaligus membuatkan aku teringatkan bagaimana Ong Bak yang memulakan genre aksi seni bela diri!

Yup, walaupun Furie hanya menggunakan plot yang ringkas, filem ni berjaya memberi ruang yang cukup untuk membuatkan penonton mengabaikan peniruan yang diletakkan. Setiap masa, penonton akan disajikan dengan pelbagai kejutan yang sekaligus membuatkan penonton akan mengabaikan sahaja benda remeh itu.

Lakonan Veronica Ngo tidak dinafikan mempunyai factor x yang tersendiri. Dia ibarat Tony Jaa Vietnam versi wanita yang berjaya memancing penonton dengan aksinya. Tidak ada sedikit pun aksi bergasaknya yang membosankan. Dan setiap koreografi yang padu berjaya menyerlahkan kualiti babak aksi yang memuaskan!

Selain aksi, filem ini Berjaya mengadunkan drama dengan baik sekaligus berjaya memancing emosi penonton. Hubungan ibu dan anak yang dipaparkan memang memberikan kesan yang besar kepada perjalanan filem ni.

Mungkin sebagai sebuah filem bertunjangkan pelakon wanita, kemunculan watak polis sebagai side-kick yang membantu watak utama kelihatan mengganggu. Namun, dengan amaun kemunculan yang sedikit, watak-watak polis dalam filem ni bolehlah diabaikan dan dianggap sekadar memberi balancing kepada watak utama kita. Yalah, nak cakap yang kuat mana pun wanita, lelaki tetap kena masuk campur. Gitewwww!

Honestly, jika anda peminat filem aksi, filem ni memang wajib tonton. Ianya sebuah filem dengan babak aksi yang memuaskan. Apatah lagi lama juga kita tidak disajikan dengan adegan-adegan pertarungan yang powerful dan sukar dijangka. Jangan pandang rendah filem ni. Layan dulu, baru kau tahu.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Comments

Menarik!

Lagu Tema Ejen Ali The Movie 'Bukalah Matamu' Ciplak Muzik Luar?

Ulasan Filem: Geran (2019)

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Membedah 5 Lagu Dari Filem 'Hantu Kak Limah' [SPOILER ALERT]

Huraian Babak Post-Kredit Filem 'Geran' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Between Two Ferns The Movie (2019)