Ulasan Filem: Always Be My Maybe (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Nahnatchka Khan
Pelakon | Randall Park, Ali Wong, Michael Golamco

Entah kenapa, kualiti filem Netflix beberapa bulan ini kelihatan seperti filem yang menggunakan format ala-ala sketsa. Dari visualnya, takdelah meriah sangat. Ada rasa seakan menonton sitcom dan drama tv yang selalunya berdurasi 30 minit. Filem terbaru lakonan Randall Park dan Ali Wong ini pun macam tulah.

Always Be My Maybe ialah sebuah filem komedi romantic yang ringan. Filem ini dibina seakan-akan satu himpunan jenaka pendek yang kemudiannya dicantumkan menjadi filem. Dan sebagai sebuah filem Netflix, aku rasa Always Be My Maybe mungkin boleh dihargai dan dilayan kerana kualiti komedinya masih ada umph!

Filem arahan Nahnatchka Khan ini mengisahkan watak lakonan Randall Park dan Ali Wong iaitu Sasha dan Markus. Mereka berkawan rapat dari kecil namun semakin mereka menemui kedewasaan, masing-masing memilih jalan sendiri. Dan sampai suatu ketika, takdir menemukan mereka kembali tetapi dalam situasi yang lebih rumit dari disangkakan.

Satu perkara yang aku rasakan mungkin menjadi faktor penarik filem ini ialah semestinya pada elemen komedi. Randall Park dan Ali Wong seakan-akan berjaya mengenali diri mereka sendiri dan membina jenaka yang memang kena dengan watak mereka. Filem ni sendiri seolah sebuah sketch lawak besar gabungan dua pelakon tersebut yang turut menulis lakon layar filem ni.

Malah, filem ni memang tampil mengejutkan apabila memunculkan watak Keanu Reeves dalam karakter yang belum pernah ditonton. Ini memang antara sebab kenapa aku tonton filem ni. Memang lakonan Keanu Reeves di luar kotak. Jujurnya, Keanu bukanlah pak lawak. Tapi, lakonannya yang canggung itu kelihatan memberi kesan kepada kualiti lakonannya sekaligus membuatkan aku menyukai si John Wick itu dalam dunia komedi.

Kalau korang nak assume filem ni penuh dengan babak yang lawaknya seperti filem pawagam, mungkin korang perlu move on dan abaikan filem ni. Kisah yang dipaparkan dalam filem ni setaraf dengan kualiti drama tv sahaja. Dari semua aspek, filem ni hanyalah bertaraf sederhana dan tiada sesuatu yang hebat melainkan komedinya sahaja.

Selain itu, sinematografi filem ni memang kaku. Taka da movement camera yang begitu mengasyikkan. Hanya minimal sekadar untuk menyampaikan karakter yang tersedia. Ianya mungkin sedikit mendukacitakan jika korang mengharapkan visual yang mempunyai momen yang unforgettable kerana kebanyakannya memang forgettable.

Lakonan Randall Park dan Ali Wong memang serasi. Kedua-duanya memang lejen dalam komedi masing-masing dan berpadu dengan baik. Memang tak dinafikan, Always Be My Maybe ialah keserasian dua orang pelakon ini yang tahu untuk membina dialog dan punchline dalam memberikan persembahan komedi yang padu.

Always Be My Maybe mungkin bukanlah sebuah filem yang layak digelar filem. In fact, filem ni lebih kepada drama tv yang mana tidak layak masuk panggung pun. Namun, untuk levelnya, filem ini Berjaya menyajikan komedinya yang bersahaja dan juga penceritaan yang ringkas dan mudah. Mungkin filem ni ialah filem yang sesuai dilayan santai-santai ketika korang tak tahu nak stream apa kat Netflix.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan