Pengarah 'Spider-man: Far From Home' Dedah Senarai Babak Dari Trailer Yang Dibuang Dari Filem Sebenar


Pengarah filem Spider-man: Far From Home, Jon Watts mengesahkan bahawa banyak babak-babak yang dipaparkan di dalam trailer telah dibuang daripada filem sebenar. Filem yang dicipta sebagai epilog kepada Avengers: Endgame itu menamatkan Phase 3 dunia filem MCU yang bermula semenjak tahun 2008.


Kali ini, Peter Parker Parker akan mengikuti sebuah lawatan sekolah yang akan membawa kepada masalah baru yang akan mempertemukannya dengan Nick Fury dan juga Mysterio.

Dalam satu temubual bersama ComicBookMovie, Jon Watts mendedahkan babak-babak yang dibuang daripada filem yang diletakkan dalam trailer promosi.
Yeah, both of those are actually part of the same montage which is 'Peter's To-Do List.' It's all the things he has to do before he goes on the trip, which are going to Delmar's to get a dual headphone adaptor and one of those European travel plugs, he has to go to a pawn shop to sell his Star Wars toys to get money for the trip, he has to pick up his passport, and he has to take down this giant crime syndicate. That's just the to-do list for someone like him but that will be its own little short film that we're going to put on the Blu-ray. There are some good deleted scenes.
Jon Watts juga mendedahkan bahawa babak yang dibuang ini akan digabungkan menjadi filem pendek yang tersendiri dan boleh ditonton di dalam Blu-ray yang akan diterbitkan beberapa bulan akan datang. 

Spiderman: Far From Home akan mula ditayangkan bermula 4 Julai 2019.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan