Pengarah Salahkan Diri Sendiri Akibat Kegagalan Filem ' Dark Phoenix'


Pengarah dan juga penulis lakon layar filem Dark Phoenix mengambil tanggungjawab dan menyalahkan dirinya sendiri akibat daripada kegagalan filem tersebut untuk mendapat kutipan memberansangkan di pawagam. Filem ini merupakan filem pertama arahan pengarah itu yang mana sebelum ini hanya berada di belakang tabir sebagai penulis lakon layar filem franchais X-Mn semenjak 2004.



Simon Kinberg membuat kenyataan itu dalam satu temubual bersama KCRW dan menyatakan bahawa terdapat banyak faktor filem tersebut gagal tetapi, akhirnya, dia meletakkan semua faktor itu atas dirinya sendiri.
It clearly is a movie that didn’t connect with audiences that didn’t see it; it didn’t connect enough with audiences that did see it. So that’s on me ... I’m saying when a movie doesn’t work, put it on me. I’m the writer-director. The movie didn’t connect with audiences. That’s on me.
Adalah agak jarang apabila seorang pengarah mengakui kesalahan mereka sendiri akibat dari kegagalan filem. Sesebuah filem itu adalah hasil daripada kerja berkumpulan dan terdapat pelbagai faktor yang menjurus kepada kegagalan sesebuah filem.

Apapun, Dark Phoenix bakal menjadi filem terakhir dalam franchais X-Men dan ianya ialah penutup yang agak mengecewakan.  


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan