TRENDING

Ulasan Filem: Dolemite Is My Name (2019)

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

'Men In Black: International' Gagal Kutip Untung Di Pasaran Domestik US

Men In Black: International nampaknya sedang bergelut di carta domestik Amerika Syarikat apabila menjadi filem dalam franchais Men In Black dengan kutipan terburuk setakat ini. Ketika Men In Black ditayangkan pada 1997, ianya antara filem blockbuster yang mencatatkan kutipan memberansangkan. Dan disebabkan itu, filem lakonan Will Smith mencatat kutipan USD589.4 juta di seluruh dunia dari kos produksi berjumlah USD90 juta.


Disebabkan kejayaan itu, franchais Men In Black diteruskan dengan filem keduanya, Men In Black 2 yang mencatat kutipan USD190.4 juta, manakala MIB 3 pula mendapat kutipan sebanyak USD179 juta. Disebabkan mahu memperbaharui dunia MIB, Sony akhirnya memilih untuk reboot franchais berkenaan dan memperkenalkan watak lakonan Chris Hemsworth dan Tessa Thompson sebagai watak baru dunia MIB.

Malangnya, apa yang mereka dapat tidak seperti yang dijangka. Men In Black mendapat kritikan negatif daripada penonton. Menurut Box Office Mojo, Men In Black: International hanya berjaya mengutip USD28.5 juta sahaja dalam masa 3 hari tayangan. Jumlah ini adalah terlalu sedikit apabila dibandingkan dengan tiga filem sebelumnya yang berjaya melepasi kutipan USD50 juta dalam masa 3 hari.

Dari kutipan seluruh dunia pula, Men In Black: International hanya berjaya mengutip USD102. juta dari jumlah bajet filem yang berjumlah USD110 juta. Dengan ini, Men In Black: International sememangnya filem yang gagal dari kutipan. Sudah tiba masanya Sony memilih untuk memberhentikan francais ini dengan filem baru. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

'Sembil9n', Drama Bersiri Ala 'The Walking Dead' Versi Malaysia?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

Shah Rukh Khan Layan Peminat Transgender Sampai Berpeluk Sakan!

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Azhan Rani Kongsi Siapa Sebenarnya Pelacur RM30 Yang Buat Penonton Geram

Sekuel J Revolusi Dapat Tajuk Rasmi, Pencarian Bakat Dimulakan

Lagu Tema Ejen Ali The Movie 'Bukalah Matamu' Ciplak Muzik Luar?