Afdlin Shauki Buat Comeback Arah Filem Si Fi Aksi Pertama Malaysia 'Angkasawang'

Pengarah filem Afdlin Shauki mendedahkan bahawa dia akan kembali untuk berada di kerusi pengarah setelah sekian lama menyepikan diri. Di laman instagramnya, Afdlin Shauki menyatakan filem bergenre si fi itu akan memulakan penggambaran bermula Disember ini. Dan ianya juga merupakan idea yang sudah diusahakan selama 2 tahun.


Korang boleh tonton teaser animasi 3D untuk filem Angkasawang di bawah: 



View this post on Instagram

Dengan lafaz Bismillah hirahmannirrahimm, saya ingin memperkenalkan project filem terbaru saya yang sudah lebih dua tahun saya usahakan yg berjudul ANGKASAWANG. Apa yg anda lihat ini merupakan 3D animatic teaser berdasarkan video storyboard kami. Filem ini adalah Live Action dan bukan animasi. Penggambaran akan bermula disember ini. Ini adalah filem yg menggambarkan Malaysia pada tahun 2065. SCI-Fi merupakan passion saya kerana semenjak kecil minda saya di besarkan dgn keajaiban innovasi yg mungkin di lakukan oleh manusia. Saya ingin menjemput rakan-rakan industri yg mempunyai passion yg sama untuk kita bersama menaik tarafkan filem-filem malaysia ke tahap antarabangsa. Saya tabik mereka-mereka yg dah berjaya dan sedang lagi berusha. Jangan kita berhenti mencuba selagi nama Malaysia tidak berkumandang dari bibir org org serata dunia. Dengan ini saya menjemput untuk mereka yg ingin menjadi sebahagian projek ANGKASAWANG ini menyebarkan dan menghebahkan usaha saya ini serta datang ke ujibakat bagi filem ini, tenaga-tenaga seni, illustrator, designer, costume (busana) designer, special effects, special effects make-up artists yg ingin menjadi sebahagian design team filem ini, terus mengikuti ig dan facebook saya dan kepada syarikat syarikat yg berminat untuk menjadi sponsor bersama filem epic ini untuk menghubungi kami melalui email afdlin.vw@gmail.com atau whatsapp kami di nombor 0122069977 . oh yer trailer ini hanyalah animatic sahaja iaitu video storyboard 3D.. nak tau hasil sentuhan terakhir?? nantikan😎
A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

Buat masa ini, Afdlin Shauki hanya mendedahkan trailer yang dihasilkan melalui animasi 3D yang menggambarkan visi yang bakal dihasilkan pembikin filem Baik Punya Cilok itu. Dinyatakan juga bahawa filem ini akan menggambarkan Malaysia pada tahun 2065 yang mana penuh dengan teknologi baru.

Angkasawang masih belum lagi mempunyai pelakon yang didedahkan. Malah, plot terperinci filem ini juga masih belum diketahui. Buat masa ini, kami cuma berharap bahawa Angkasawang masih mampu diteruskan dengan peruntukan yang mencukupi.  

Terdahulu, pada tahun 2017, Afdlin Shauki pernah bercita-cita untuk mengarahkan filem Sandakan Tears yang mana menelan belanja RM48 juta, namun projek itu tidak menjadi. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan