Ulasan Filem: Ek Ladki Ko Dekha Toh Aisa Laga (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Shelly Chopra Dar
Pelakon | Sonam Kapoor, Anil Kapoor, Juhi Chawla, Rajkumar Rao

Wohooooo… aku tergamam. Serius. Ini filem paling rare aku pernah tonton dalam filem Bollywood. Adalah satu dua dahulu, tapi dengan casting hebat seperti Anil Kapoor, Juhi Chawla dan Sonam Kapoor, sememangnya filem ni agak pelik dan kadangkala mungkin mengundang rasa sensitivity di kalangan penonton.

Perlu diingatkan, korang mungkin akan tutup dan hentikan tonton filem ni sekerat jalan jika korang tak open minded. Kenapa? Sebab mesej di dalam filem ni sangat pelik dan tidaklah mainstream. Jangan terkejut, filem Ek LAdki Ko Dekha Toh Aisa Laga ni berkisar tentang seorang lelaki yang nak tolong seorang permpuan lesbian untuk mendekati kekasihnya!

Yup, itulah kisahnya! Perihal lesbianism. Ianya memang sebuah filem yang mungkin takkan ada di slot tv3 pada setiap sabtu, dan mungkin akan menjadi filem yang akan dilupakan terutama sekali bagi penonton Bollywood yang tidak menggemari keterbukaan ini. Apapun, kalau nak menonton, boleh saja, cuma sekadar untuk memahami isi.

Ek Ladki Ko Dekha Toh Aisa Laga mengisahkan Sweety lakonan Sonam Kapoor yang mana menambat hati Sahil lakonan Rajkummar Rao. Namun, Sahil mendapati bahawa Sweety ialah seorang lesbian yang sedang menaruh kasih terhadap wanita bernama Kuhu. Kasih Sahil terhadap Sweety ditolak, tetapi Sahil bertekad untuk menolong Sweety dalam kisah cintanya yang luar dari norma masyarakat.

Di satu sisi, aku rasakan filem ni segar. Ianya ada plot yang agak luar biasa. Isu lesbianism dibuka dengan pelbagai paparan termasuklah isu bagaimana masyarakat menerima percintaan luar norma ini. Namun, di satu sisi lagi, aku agak kurang setuju dengan ending filem ni yang agak melebihkan sokongan terhadap hubungan cinta sebegini.

Tolak tepi plot filem ni, aku dapati bahawa Juhi Chawla masih berbisa walaupun wataknya hanyalah watak sampingan sahaja. Anil Kapoor pula tidak dapat disangkal lagi masih mempunyai kekuatan tersendiri walaupun kali ini buat pertamakalinya berlakon bersama anaknya sendiri, Sonam Kapoor. Ianya sebuah gabungan dua generasi yang wajar untuk dinikmati.

Visual filem ni boleh dikatakan cukup baik dengan sinematografi yang memuaskan. Lagu-lagu di dalam filem ini, walaupun hanya ada satu dua sahaja di awal filem, cukup untuk menambah seri filem ni yang memang membahang apabila menonton dan merasai isu yang mahu disampaikan.

Pesan aku, filem ni memang bukan untuk korang yang too serious tentang isu lesbianisme. Filem ni memang untuk orang yang menonton dan boleh menikmati keterbukaan ini dengan tahu menilai baik dan buruk. Kalau takut dilambung ombak, jangan tontonlah filem ni. Aku pesan siap-siap. Sat lagi macam-macam pula keluar isu membawang.

Sebagai penonton yang dah tonton filem ni, aku boleh sifatkan bahawa Ek Ladki Ko Dekha Toh Aisa Laga ialah sebuah filem meraikan cinta. Tetapi, bukan cinta biasa. Dan menyaksikan gandingan Anil Kapoor dan Juhi Chawla kembali selepas hamper 11 tahun tidak bergandingan dalam satu filem seolah-olah menggamit memori filem lama mereka.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan