TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Avengers Endgame (2019)



Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Russo Brothers
Pelakon | Robert Downey Jr, Scarlett Johansson, Mark Ruffallo, Chris Hemsworth

Setahun menunggu, Avengers: Endgame akhirnya ditayangkan sekaligus mengkonklusikan 22 filem yang bermula semenjak 2008. Semenjak daripada filem The Incredible Hulk, lalu ke Iron Man, peminat disajikan dengan kisah berkisar tentang Infinity Stone dari filem ke filem. Dan sepanjang itu, pelbagai perkembangan dunia MCU tercipta. Dan kini, kisah Infinity Stones bakal tertutup dan terakhir kali, sebelum fasa baru MCU bermula.

Sebagai sebuah kesinambungan kepada Infinity War, usahlah korang masuk ke pawagam jika korang tidak memahami filem Infinity War. Filem ini berkesinambungan terus dengan filem tersebut yang diterbitkan pada tahun lepas. Lebih mengeruhkan keadaan, Endgame akan jadi lebih memeningkan jika korang tidak pernah melayan filem Avengers (2012), Thor: The Dark World (2013) dan juga Guardians of the Galaxy (2014).

Ringkasnya, Endgame hanya untuk fan yang betul-betul memahami apa itu Cinematic Universe. Ianya bukan sebuah filem yang boleh dilayan sebagai sebuah filem stand alone. Kerana Endgame itu sendiri ibarat bumbung yang gah yang ditongkat oleh lebih 20 buah filem Marvel Cinematic Universe.

Pada aku, Endgame boleh dikatakan sebagai sebuah filem untuk menutup segala plot dari filem-filem MCU sebelum ni. Apa yang boleh diharapkan dalam filem ni ialah bagaimana korang bakal melihat Russo Brothers mengait kesemua filem dari pelbagai pengarah dan sekaligus mengisi lompong timeline sedia ada dengan kemas.

Baiklah, filem ni aku boleh bahagikan kepada tiga fasa. Separuh masa pertama ialah fasa pasca Infinity War. Fasa ni, pada aku, sedikit membosankan. Tetapi, bahagian ini sememangnya perlu ada sebagai pengikat kepada tragedi di Infinity War. Kita diperlihatkan bagaimana keadaan selepas kejadian Infinity War dan perasaan setiap watak dalam mengharungi kejadian yang sudah berlaku. Tetapi, fasa ini sekejap sahaja, kebosanan korang akan terubat selepas itu.

Fasa dua, iaitu fasa time travel. Fasa ni ialah fasa paling fun dan sangat menarik untuk ditonton. Menonton fasa ini ibarat mengimbau kembali beberapa filem Avengers dan superhero solo yang diterbitkan beberapa tahun sudah. Peminat mungkin akan terkenangkan kembali usia MCU yang kini menjangkau usia lebih 10 tahun dan cepatnya masa berlalu. Fasa ini terselit komedi, suka duka dan pelbagai lagilah yang begitu menarik perhatian.

Fasa seterusnya ialah fasa tiga dimana pertarungan terakhir berlaku. Di sini ialah fasa dimana emosi dan keseriusan mengambil tempat. Fasa ini ibarat penyudah kepada apa yang diceritakan dan ianya begitu meremang bulu roma. Jujur aku katakan bahawa pertarungan di dalam filem ni memang epik, tetapi, disebabkan kita sudah pernah menyaksikan pertarungan sebegini di dalam Infinity War, rasa gah itu ada sedikit hilang apabila tiada sesuatu yang baru ditampilkan dalam persembahan kemuncak filem ini. 

Pendek kata, menonton Avengers: Endgame ibarat menaiki roller coaster yang penuh dengan pelbagai liku. Setiap liku mempunyai emosi yang pelbagai, dimasukkan dalam sebuah filem berdurasi 3 jam dan sekaligus mencipta keunikannya yang tersendiri. Endgame sendiri ibarat sebuah hadiah buat peminat yang setia menonton kesemua filem MCU.

Walaupun pujian melambung, Endgame tidak lari dari kekurangan. Aspek yang aku kurang gemari ialah elemen ketidak sengajaan yang digunakan untuk membina plot. Paling lemah sekali ialah scene tikus yang menyebabkan Ant-man keluar dari dunia quantum. Agak lemah dan tak menarik langsung penyebab Ant-man dikeluarkan dari quantum.

Baca review Avengers Infinity War di link di bawah: 

Selain itu, elemen CGI juga kelihatan agak kurang di sana sini. Jika CGI Bruce Banner mengemudi Hulkbuster di dalam filem Infinity War menjadi kelemahan, sekali lagi, CGI Hulk menjadi kotoran yang mencacatkan filem ni. Beberapa scene filem ni kelihatan agak janggal pada visual juga mungkin kerana penggunaan CGI terutama sekali babak para Avengers bertemu selepas melaksanakan misi time travel.

Malah, aku rasakan bahawa kematian Black Widow adalah kematian terburuk dalam filem Marvel Cinematic Universe. Ya, aku tak nampak apa yang bakal berlaku. Namun, once it happen, aku tak rasa apa. Macam oh, ok, dia dah mati. So? Sebuah kematian yang amat useless untuk sebuah karakter yang begitu besar peranannya dalam filem MCU.

Apapun, Endgame ialah percubaan untuk menutup kisah Infinity Stones dan kesemuanya lengkaplah saga Infinity sehingga filem ni. Mungkin beberapa plothole angkara gangguan rentas masa yang terjadi akan menjadi pemula kepada kisah baru di masa hadapan. Apapun, kisah Endgame ialah penamat yang sempurna untuk peminat filem Marvel Cinematic Universe.

Bagi aku, Avengers: Endgame mungkin akan jadi sedikit celaru jika kau menonton filem ni sebagai permulaan penonton MCU kerana filem ni tiada character building sebab ianya berada di dalam filem lain. Tetapi, bagi yang setia menunggu, apa yang Russo Brothers ni ibarat kenduri yang cukup meriah dengan pelbagai hidangan yang lazat.

Pesta emosi di sana sini, Endgame kini di pawagam.





LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Ulasan Filem: Till Death (Azalea's Wrath) a.k.a Dendam Azalea (2019)

Watak Han Mungkin Akan Muncul Semula Dalam Filem 'Fast & Furious 9'?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Kevin Feige Dedah Nasib Mangsa Petikan Jari Thanos Yang Berada Di Atas Kapal Terbang

Disney Beri Lampu Hijau Untuk Terbitkan Sekuel Filem 'Aladdin'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Asal Usul Sebenar Ayat 'I Love You 3000' Dalam Filem 'Avengers: Endgame'

Wesley Snipes Akan Lakonkan Watak Antagonis Dalam 'Blade' Versi MCU?

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]