Pengarah 'Avengers: Endgame' Sahkan Akan Ada Watak Superhero Gay Dalam Filem MCU

Filem Avengers: Endgame mungkin antara filem yang mendapat perhatian daripada penonton kerana keterujaan menonton pertarungan Thanos dan juga para Avengers. Namun, ramai yang gagal menyedari bahawa filem tersebut menyelitkan watak sampingan yang merupakan seorang gay. Walaupun ianya tidak penting mana, ianya tetap menjadi sebutan.


Terbaru, dalam satu temubual, RUsso Brothers mengesahkan bahawa Marvel Studios kini sedang bersiap sedia dengan watak bersifat gay yang lebih besar dari apa yang dipaparkan di dalam filem Avengers: Endgame.
There is a gay character coming up in one of their films. I think Kevin [Feige] will make that announcement, I’m sure, pretty soon. 
Menurut Russo Brothers, perkara itu kelak akan diumumkan oleh presiden Maevrl Studios, Kevin Feige. Namun, bagi penggemar komik, ramai yang meneka bahawa watak gay tersebut akan dimasukkan dalam filem The Eternals. Ada desas desus bahawa Marvel Studios sedang mencari pelakon gay dari Asia untuk filem berkenaan.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan