TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Peminat Dedah Kesilapan Kontinuiti Besar Filem 'Avengers: Endgame'


Avengers: Endgame kini sudah menjadi filem yang meletup di seluruh dunia. Sepanjang seminggu tayangan, filem ini berjaya mendapatkan kutipan yang memberansangkan sekaligus membuatkan para penonton terus menyokong filem ini. Namun, filem ini semestinya tidak lari daripada ketidak sempurnaan.


Dari laman Moviemistakes.com, peminat mendedahkan terdapat kesilapan kontinuiti dari segi editing yang berlaku di dalam babak pertarungan akhir filem ini. Di dalam babak akhir filem, dalam satu babak, selepas babak Ant-man dan The Wasp cuba untuk menghidupkan van yang mempunyai Quantum Tunnel, kita kemudiannya dipaparkan dengan babak Scott Lang dalam rupa bentuk gergasi. Jika dilihat dalam kesilapan ini, seolah-olah ada dua Ant-man pada masa yang sama.

Satu lagi kesilapan yang dikesan ialah pada awal filem. Mungkin anda perasan masa kapal Benatar mendarat diikuti babak War Machine mendarat di hadapan Ant-man. Pada masa ini, makanan tengahari Ant-man terjatuh. Jadi, Hulk yang lalu menawarkan Ant-man dua tacos. Selepas bertukar syot, Hulk kelihatan menghulurkan hanya satu tacos.

Mungkin kesilapan ini berlaku dari editing yang tidak teliti. Namun, ianya tidaklah mengganggu apa-apa perjalanan filem. Para peminat mungkin boleh melihat kesilapan ini semasa filem ini diterbitkan dalam versi Home Entertainment kelak. Apapun, ianya ialah keseronokan apabila melihat continuity error yang sememangnya tidak dapat dielakkan di dalam mana mana filem.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Disney Dilaporkan Minta Sony Kongsi 25% Keuntungan 'Spiderman', Bukan 50%

Ulasan Filem: Till Death (Azalea's Wrath) a.k.a Dendam Azalea (2019)

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

George Lucas Dedah Makna Nama Robot R2D2 Dan C-3PO Dari Filem 'Star Wars'

Ulasan Filem: Krasue Inhuman Kiss (2019)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Paskal' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Seven (2019)