Marvel Studios Dilaporkan Sudah Tidak Mahu Terbitkan Filem Avengers Lagi Selepas 'Endgame'

Avengers: Endgame kini sudah menamatkan perjalanan kisah Thanos dalam usahanya untuk mendapatkan Infinity Stones. Ini sekaligus menamatkan misi para Avengers yang selama ini bergabung untuk menyelamatkan dunia daripada ancaman semenjak tahun 2012. Semestinya, selepas Endgame, para peminat berharap Avengers bergabung sekali lagi bukan?


Namun, berita dari We Got This Covered menyatakan bahawa Endgame mungkin merupakan filem terakhir dalam siri Avengers. Menurut artikel yang disiarkan, Avengers, yang diasaskan oleh Nick Fury sudah pun mencapai objektifnya dan mereka tidak lagi akan bergabung di masa hadapan. Hal ini mungkin akan didedahkan dalam Spider-man: Far From Home kelak.

Ada benar juga kenyataan ini. Dengan Hulk yang sudah tercedera, dan juga Hawkeye yang mungkin akan melepaskan baton kepada Kate Bishop, berkemungkinan hanya Thor sahaja satu-satunya Avengers asal yang masih mampu untuk berada dalam pasukan itu. 

Namun, itu tidak bermakna bahawa tiada lagi filem Avengers di masa hadapan. Marvel sudah pun memperkenalkan beberapa watak kanak-kanak yang bakal mewarisi generasi baru Avengers yang mungkin dikenali sebagai New Avengers. Dan hal ini akan terus mengekalkan MCU sebagai sebuah universe filem yang segar.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan