Keanu Reeves Pernah 'Dipenjara' Hampir 11 Tahun Kerana Tolak Untuk Berlakon 'Speed 2'


Keanu Reeves kembali disebut-sebut dalam dua perfileman kerana wataknya dalam filem John Wick. Terbaru, filem John Wick 3 sudah menjengah pawagam sekaligus melonjakkan nama pelakon ini yang sudah suram setelah sekian lama. Keanu Reeves sebelum ini begitu dikenali dengan watak Neo dalam siri filem The Matrix yang terbit sekitar awal 2000.


Namun, sebelum itu, dia lebih dikenali di dalam filem Speed dengan membawakan watak Jack. Di dalam filem ini, dia digandingkan dengan aktress Sandra Bullock. Filem ini berkemungkinan telah membawanya kepada tragedi apabila dia 'dipenjara' selama lebih 11 tahun daripada berlakon dengan penerbit 20th Century Fox bermula 1997. 

Semuanya gara-gara pelakon itu menolak tawaran untuk membintangi sekuel Speed yang mana berkisar tentang kapal yang tidak boleh berhenti.
I loved working with Jan de Bont and Sandra, of course. It was just a situation in life where I got the script and I read the script and I was like 'ugggghhh’. It was about a cruise ship and I was thinking, 'a bus, a cruise ship… Speed, bus, but then a cruise ship is even slower than a bus and I was like, ‘I love you guys but I just can’t do it
Keanu Reeves memilih untuk menolak tawaran Speed 2 kerana tidak menggemari idea filem tersebut. Dan memang sesuai dengan penolakannya, filem ini gagal mengutip kutipan yang tinggi kerana penggemar kurang menggemari kapal yang lambat bergerak daripada bas yang bergerak laju.
I didn’t work with Fox again until ‘The Day the Earth Stood Still’ in 2008
Walaupun pada bermula tahun 1999, Keanu Reeves mula membintangi francais The Matrix, kehebatan lakonannya tidak membuatkannya ditawarkan filem daripada penerbit tersebut sehinggalah pada tahun 2008, dia ditawarkan untuk filem The Day the Earth Stood Still.

Namun, selepas kegagalan filem 47 Ronin, Keanu Reeves memilih untuk tidak berlakon dengan studio besar lagi. Dia memilih untuk berlakon dengan penerbit indie sebelum dia kembali menempa nama di dalam francais John Wick.

John Wick kini di pawagam.  


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan