Kaum Dayak Lawan Zombie Dalam Filem 'Belaban Hidup: Infeksi Zombie'

Genre zombie di dalam industri filem Malaysia nampaknya bakal menyaksikan filem terbaru yang menampilkan kelainan. Jika sebelum ini, kita melihat orang Kuala Lumpur melawan zombie dalam filem KL Zombie, kita akan melihat pula bagaimana kaum Dayak bakal melawan zombie dalam filem terbaru bertajuk Belaban Hidup: Infeksi Zombie.


Malay Mail melaporkan bahawa filem itu sedang giat menjalani penggambaran di Perak dan Sawarak. Kisah berkisar tentang seorang santis yang mana telah menghuru harakan sebuah kampung apabila eksperimennya menyebabkan manusia bertukar menjadi zombie. Dan muncullah pahlawan Dayak sebagai heronya.

Diarahkan oleh pengarah Ray Lee, filem ini ialah filem keduanya selepas filem Dendam Gadang yang berkisar tentang pahlawan Iban. Skrip filem ini ditulis oleh Ray Lee dan Misha Minut dan bakal menggunakan bahasa Malaysia dan juga Iban. 

Pelakon yang bakal menerajui filem ini ialah Altimet, Pekin Ibrahim, Pablo Amirul dan Katrina Grey. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan