Askar Korea Lari Dari Tugas Gara-Gara Nak Tonton 'Avengers: Endgame'

Avengers: Endgame mencetuskan fenomena luar biasa di kalangan peminat filem superhero. Filem yang mana merupakan finale kepada Infinity War yang ditayangkan pada tahun lepas ini dinanti semua kerana bakal menyudahkan kisah Batu Infinity yang mana sudah dipaparkan sepanjang 22 filem Marvel Cinematic Universe.


Kegilaan penonton untuk menonton filem ini di luar sangkaan. Di Korea, menurut laporan WowTV, seorang askar daripada Republic of Korea Air Force 20th Fighter Wing dikenakan tindakan apabila lari daripada tugas gara-gara mahu menonton filem berkenaan. 

Pada awalnya, 18 anggota askar daripada pasukan itu dikerah untuk aktiviti kemasyarakatan di luar kem. Namun, seorang daripada pasukan itu hilang. Pencarian askar yang hilang itu membawa kepada penemuan seorang pemandu teksi yang mana menyatakan dia ada menghantar seorang askar ke pawagam.

Dia kemudian ditangkap selepas dia selesai menonton filem berkenaan. Nasib baiklah sempat tonton sampai habis. Berbaloilah juga kena denda nanti. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan