TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Shazam! (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | David F Sandberg
Pelakon | Zachary Levi, Asher Angel, Mark Strong

Kadangkala, ada filem yang kita tak pernah yakin dengan kekuatannya dan menyangkakan filem tu akan flop. Macam tulah aku harap akan terjadi kepada Shazam! yang mana daripada proses penggambaran lagi, aku rasakan filem ni takkan menarik mana. Tapi, aku silap. Entah kenapa, seusai menonton filem ni, Shazam! ibarat petir yang menyambar, mengejutkan aku dari sangkaan salah aku selama ini.

Bayangkan kau menonton filem Disney yang banyak pengajaran tu. Bayangkan kau menonton filem kanak-kanak riang semacam filem Disney juga. Bayangkan. Kemudian, kau tambah sikit elemen-elemen serius seperti Man of Steel. Kemudian, masukkan sikit kisah dendam dan juga perkara wajib superhero, maka jadilah Shazam!

Yup, filem Shazam! tidak dark dan menjadikan satu-satunya filem DCEU yang mana bersifat ceria dan memberi sisi baru DCEU. Hal ini menjadikan filem ini lain daripada yang lain dan berjaya memberikan roh baru dalam dunia filem superhero DC. Dan dengan adanya Shazam!, filem ni akhirnya berjaya membuktikan bahawa mereka berada di landasan yang betul untuk membina dunia superhero mereka sendiri.

Filem ni tidak berfokus kepada villain. Daripada pemerhatian aku, filem ni lebih bertumpu kepada bagaimana seorang remaja yang terpaksa memikul tanggungjawab orang dewasa. Dalam hakikat kehidupan, ianya bercakap tentang jiwa remaja yang sentiasa terperangkap di antara dua jiwa. Sesuatu yang selalu kita nampak sendiri di hadapan mata kita.

Seawal mula filem, kita melihat bagaimana seorang kanak-kanak menghadapi kehidupannya yang penuh dengan cemuh. Dan apa yang terjadi, di usia dewasanya, dia berubah menjadi sesuatu yang sebaliknya. Di sisi satu lagi pula, kita melihat bagaimana Billy Batson yang mana sedang cuba mencari sesuatu yang hilang daripada kehidupannya.

Dan apabila Billy Batson mendapat seruan Shazam!, maka semua itu berubah. Kita dipaparkan tentang bagaimana seorang remaja menggunakan kuasa yang ada untuk melakukan kebaikan. Apa yang dipaparkan mungkin sebuah jenaka, tetapi hakikatnya, jika di dunia sebenar pastinya ianya suatu kebenaran. Dari aspek komedi, filem ni memang tak kering gusi. Setiap jenaka yang diberikan boleh dikatakan kena dan sentiasa membuatkan penonton ketawa.

Namun, punch line yang sentiasa diberikan kadangkala membuatkan aku rasa penat untuk gelak. Tetapi, boleh dikatakan bahawa elemen komedinya memang rare untuk sebuah filem DCEU.

Jika nak difikirkan aksi, usah diharapkan aksi yang serius seperti korang menonton Man of Steel mahupun Wonder Woman. Aksi dalam filem ni boleh disifatkan melampau, seperti pertarungan General Zod dan Superman, namun ditambah rencah komedi yang menjadikan adegan aksi lebih kepada spoof.

Lakonan Asher Angel dan Zachary Levi sangat menghiburkan. Kedua duanya berjaya serasi dalam lakonan dan menjadikan kita tidak canggung apabila Billy Batson bertukar menjadi Shazam. Antara yang mencuri tumpuan juga ialah Mark Strong yang menjadi villain yang sederhana, tetapi cukup untuk menceritakan bahawa kejahatan itu bermula dari akar yang tersalah tumbuh.

Tak dinafikan bahawa garapan David F. Sandberg berjaya membawa roh baru kepada dunia DCEU yang sudah tenat. Dengan adanya Shazam! ianya sekaligus berjaya mencipta persepsi bahawa filem ringan dan santai boleh turut menyertai dunia DCEU yang dipenuhi dengan filem yang serius. Ternyata, Shazam! mencuri tumpuan dan sekaligus menarik penonton untuk meminati DCEU lebih lagi.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Disney Dilaporkan Minta Sony Kongsi 25% Keuntungan 'Spiderman', Bukan 50%

Ulasan Filem: Till Death (Azalea's Wrath) a.k.a Dendam Azalea (2019)

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

George Lucas Dedah Makna Nama Robot R2D2 Dan C-3PO Dari Filem 'Star Wars'

Ulasan Filem: Krasue Inhuman Kiss (2019)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Paskal' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Seven (2019)