Tobey Maguire Terbuka Untuk Melakonkan Watak Superhero Selain Spider-man


Pelakon yang pernah melakonkan watak Spider-man, Tobey Maguire ini terbuka untuk melakonkan sebarang watak superhero. Pelakon ini yang pertamakali memegang watak Peter Parker dalam filem Sam Raimi, Spider-man menjadi antara pelakon yang berjaya mencuri tumpuan sebelum filem Spider-man direboot lalu digantikan dengan Andrew Garfield.


Dalam satu temubual bersama The Hollywood Reporter, dia menyatakan bahawa dia terbuka sahaja untuk melakonkan apa sahaja watak superhero jika ditawakan.

Pelakon itu turut menyatakan bahawa dia tidak pernah menonton filem Spider-man yang mana diterbitkan selepas filem lakonannya namun bukanlah kerana tidak menyukai lakonan dan pemilihan pelakon baru. 

Apakah agaknya watak superhero yang sesuai dilakonkan oleh Tobey Maguire jika dia mahu kembali ke dalam dunia superhero?


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan