Sekuel 'Shazam' Bakal Dibikin, Pengarah Asal Dijangka Akan Kembali

Warner Bros kini dilaporkan dalam perancangan untuk membikin sekuel kepada filem Shazam! arahan David S. Sandberg. Jika ini benar, maka kita akan dapat menyaksikan sekuel filem ini dan melihat bagaimana Shazam berdepan dengan beberapa watak antagonis lain yang lebih dahsyat. 


Shazam! berjaya mendapat kritikan positif daripada penonton dan pengkritik sekaligus meletakkan filem Shazam! sebaris dengan Wonder Woman dan juga Aquaman. Filem yang mengisahkan kisah asal usul Billy Batson lakonan Asher Angel mempunyai rona penderitaan yang lain dan menjadikan filem itu lebih menarik sebagai filem kekeluargaan. 

Menurut The Wrap, Warner Bros, New Line Cinema dan DC kini bersedia untuk menerbitkan filem sekuel superhero berkenaan. Dilaporkan bahawa penerbit filem berkenaan bakal mengambil penulis layar Shazam, Henry Gayden untuk menulis lakon layar sekuel berkenaan. Dilaporkan juga bahawa pengarah David F. Sandberg juga akan kembali mengarah filem berkenaan. 

Buat masa ini, tiada pengumuman rasmi daripada studio penerbit. Namun, sudah pasti bahawa berita ini membuatkan para penonton berasa teruja untuk menunggu filem berkenaan



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan