RDJ Merupakan Satu-Satunya Avengers Yang Membaca Skrip Penuh 'Endgame'

Russo Brothers mendedahkan bahawa satu-satunya Avengers yang diberikan peluang untuk membaca skrip penuh filem berkenaan ialah Robert Downey Jr yang mana merupakan tunjang utama kepada dunia MCU berkenaan. Endgame mungkin merupakan filem yang dinantikan seluruh dunia selepas kejayaan Infinity War tahun lepas.


Ramai yang menganggap bahawa Endgame merupakan filem terakhir untuk beberapa watak dari dunia MCU seperti Iron Man, Captain America dan Thor. Namun, spekulasi ini masih belum ada pengesahan. Para pelakon sendiri tidak pernah menyatakan bahawa kontrak mereka bakal berakhir atau sebaliknya. 

Walaupun kita tidak tahu sama ada ini ialah filem terakhir Iron Man atau tidak, kita pasti bahwa Iron Man mungkin antara watak yang penting. Jadi, mungkin disebabkan itu, Russo Brothers memberi peluang untuk pelakon berkenaan membaca skrip penuh filem berkenaan yang menjadi rahsia sehingga kini. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan