Pengarah 'Avengers: Endgame' Perjelas Penamat Watak Captain America

Pengarah filem Avengers: Endgame, Joe dan Anthony Russo cuba untuk menjelaskan kekeliruan penamat kisah Captain America. Di dalam filem ini, kisah Captain America menjadi penutup kepada filem ini dan dipenuhi dengan emosi.


Di dalam filem ini, Captain America kembali ke tahun 1970an dan bertemu dengan Peggy Cater selepas memulangkan kesemua Infinity Stones. Kemudian, Captain America kembali ke masa hadapan dalam keadaan tua dan menyerahkan perisainya kepada Falcon yang bakal menjadi penerus kepada keperwiraannya.

Peminat mempersoalkan perihal dan membuka teori sama ada sebenarnya Captain America sebenarnya ada dua di dunia yang sama. Satu yang berada bersama Peggy Carter dan satu lagi bersama dengan para Avengers.

Namun, Russo Brothers memecahkan kekeliruan itu dengan penjelasannya semasa temubual bersama Entertainment Weekly.
If Cap were to go back into the past and live there, he would create a branched reality. The question then becomes, how is he back in this reality to give the shield away? Interesting question, right? Maybe there’s a story there. There’s a lot of layers built into this movie and we spent three years thinking through it, so it’s fun to talk about it and hopefully fill in holes for people so they understand what we’re thinking.
Jika benar apa yang dikatakan, ini bermakna bahawa Captain America sebenarnya bersama dengan Peggy dari dunia alternatif dan bukannya di dunia asal. Sebelum ini, Peggy pernah dikatakan mempunyai suami namun sehingga sekarang tiada pendedahan siapakah suami Peggy Carter. Jadi, jika apa yang dikatakan Russo ini benar, Peggy di dunia asal sebenarnya bersuamikan lelaki lain, makanala Peggy di dunia alternatif yang bersuamikan Captain America. 

Avengers: Endgame kini di pawagam.  


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan