Marvel Studio Dalam Perbincangan Bawa Priyanka Chopra Ke Dunia MCU

Pelakon Bollywood, Priyanka Chopra kini berkemungkinan bakal terlibat dalam projek filem MCU dalam masa akan datang. Menurut pengarah Avengers: Endgame, Joe Russo, Marvel Studio sudah menghimpunkan 22 filem sepanjang MCU bermula dan di masa hadapan, dunia MCU bakal berkembang dengan lebih lagi.


Avengers: Endgame yang bermula selepas petikan jari Thanos akan memfokuskan kepada peralihan watak superhero sedia ada. Ada yang akan masih kekal untuk ke fasa seterusnya, dan ada yang bakal meninggalkan dunia MCU. 

Disebabkan hal itu, Marvel Studios sudah sedia untuk memandang ke hadapan untuk memilih superhero baru yang bakal memulakan kisah superhero mereka. Sebelum ini, Marvel Studios sudah merancang filem seperti Black Widow, The Eternals dan Shang Chi yang bakal memperkenalkan beberapa watak baru.

Bercakap kepada Hindustan Times, Joe Russo menyatakan bahawa dia mahu bekerjasama dengan pelakon Priyanka Chopra. Dalam temubual itu, dia menyatakan bahawa perbincangan sudah dijalankan untuk memilih watak yang sesuai untuk diberikan kepadanya. 

Priyanka Chopra memulakan kariernya di Hollywood dengan membintangi siri Quantico sebelum melibatkan dirinya dalam filem seperti Baywatch dan juga Isn't It Romantic. 

Catat Ulasan

0 Ulasan