Mak Ruffalo Dakwa Rakam Lima Babak Akhir Filem 'Avengers: Endgame'

Mark Ruffalo, pelakon yang memegang watak Bruce Banner ataupun The Hulk dalam filem Marvel Cinematic Universe mendakwa bahawa dia telah merakam lima babak pengakhiran filem Avengers: Endgame.


Dalam satu temubual bersama E! News. dia mendedahkan bahawa dia tidak diberikan skrip penuh filem berkenaan dan dia tidak tahu mengapa. Dia turut mendedahkan bahawa di dalam skrip tersebut, terdapat babak yang mengarut juga.
I didn’t even get a whole script of this movie. I don’t know why. The script I did get had dummy scenes in it. He [pointing to Chris Evans] gets married in this.
 Sebelum ini, Mark Ruffalo dan juga Tom Holland dikenali kerana sering terlepas cakap ketika ditemubual berkenaan filem MCU. Jadi, adalah amat sukar untuk menilai sama ada apa yang dituturkan oleh Mark Ruffalo itu adalah kebenaran atau sekadar main-main. 

Marvel terkenal dengan kerahsiaan projeknya yang mana sering merakam pelbagai babak yang mana tidak semuanya akan dimuatkan di dalam filem. Hal ini bagi mengelakkan spoiler yang mana menjadikan filem terbitan mereka senang dijangka oleh para peminat yang sering mengeluarkan pelbagai teori.

Endgame mungkin mempunyai lebih banyak spoiler daripada filem Infinity War. Jadi, tidak hairanlah jika plot filem berkenaan dirahsiakan dengan pelbagai cara. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan