Keanu Reeves Berkemungkinan Bakal Buat Kemunculan Dalam 'Hobbs & Shaw'


Pelakon yang terkenal dengan filem John Wick, Keanu Reeves dilaporkan mempunyai watak rahsia di dalam Hobbs & Shaw, spin off kepada siri filem Fast & Furious. Filem yang dilakonkan oleh Dwayne Johnson dan Jason Statham ini bakal mengemudi dunia Fast & Furious ke arah baru dan memberi ruang untuk membuka dunia filem tersebut dengan lebih luas.


Menurut satu laporan dari That Hashtag Show, pelakon Keanu Reeves mungkin akan memainkan watak utama yang bakal mengembangkan spin-off itu menjadi lebih besar. Walaupun watak itu tidak didedahkan, ramai yang percaya bahawa watak Keanu Reeves akan menjadi watak yang akan mencetuskan sekuel filem berkenaan di masa hadapan.

Ini bermakna, Keanu Reeves mungkin akan muncul sebagai cameo sahaja atau sebaliknya. Namun, watak Keanu Reeves mungkin tidak akan menjadi kepentingan filem ni tetapi sekadar menambah keterujaan penonton untuk menunggu sekuel filem berkenaan di masa hadapan. 

Walaupun berita ini masih samar-samar, hubungan pengarah filem ni iaitu David Leitch dan Keanu Reeves mungkin menjadi bukti sahih. David Leitch sebelum ini pernah mengarahkan Keanu Reeves dalam filem John Wick. Jadi, tak mustahil jika pelakon itu juga akan turut dibawa ke dunia Hobbs & Shaw di masa hadapan. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan