Filem Reboot 'Hellboy' Kini Disahkan Gagal Di Box-Office


Filem reboot untuk karakter Hellboy yang menampilkan David Harbour sebagai watak tersebut gagal untuk menyerlah di pawagam. Filem ini ialah adaptasi ketiga watak dari novel grafik tersebut selepas dua filem Hellboy sebelum ini diarahkan oleh Guilermo Del Toro dan dilakonkan oleh Ron Perlman. 


Menurut Variety, filem reboot ini gagal untuk menyerlah dan berada di carta filem Amerika Syarikat di tangga ketiga dengan hanya mengutip USD12 juta sahaja dalam minggu pertama. Ianya gagal menampung kos pembikinan filem tersebut sebanyak USD50 juta. 

Ulasan buruk daripada pengkritik mungkin menjadi sebahagian penyebab kepada kegagalan filem ini. Malah, rating Rotten Tomatoes yang rendah juga menjadikan filem ini tersungkur.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan