'Charlie's Angels' Versi 2019 Bukan Sebuah Filem Reboot Tetapi Kesinambungan Siri TV


Pengarah filem Charlie's Angels, Elizabeth Banks menyatakan bahawa filem terbaru arahannya itu bukanlah sebuah filem reboot tetapi berkesinambungan daripada siri TV yang mula disiarkan pada tahun 1976. Perkara itu disahkan ketika menjawab soalan yang ditanya oleh Entertainment Weekly dalam satu temubual.


Elizabeth Banks menyatakan bahawa Charles Townsend menjadi semakin kaya dan menyebabkan dia mampu membina rangkaian Charlie's Angels di serata dunia.  

Filem yang dikatakan mirip James Bond ini bakal menampilkan kota-kota hebat seperti Istanbul, Hamburg dan Berlin sebagai latar tempat. Charlie's Angels untuk era baru ini dikatakan mampu mengangkat kisah wira wanita yang mana sebelum ini banyak dibayangi wira lelaki.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan