Ulasan Filem: XX Ray 3 (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Aziz M Osman
Pelakon | Izzue Islam, Adam John, Nonny Nadhirah

Aziz M. Osman ibarat membunuh dirinya sendiri dengan filem XX Ray 3. Dengan kekuatan dan kesenioran dirinya sebagai pengarah tersohor, XX Ray 3 ibarat sebuah tahi yang dibikin oleh pengarah yang sudah tahu masanya untuk menyerlah sudah tiada. Hairannya, kenama XX Ray 3 tidak diberikan kepada pengarah yang lebih muda dan berkaliber? Sayang sangat ke XX Ray tu??

Pertamakali menjejakkan mata di skrin iflix menonton XX-Ray 3, seawall lima minit awal, filem ni dah memberi tahu aku supaya stop dan hentikanlah menonton. Sebab apa yang akan kau tonton ialah sebuah filem yang taraf sampah yang sangat tidak wajar ada dalam industri filem kita yang tengah meriah dengan filem box office ni.

Aku akui, idea Aziz M Osman ni kalau diserahkan kepada pengarah baru yang tahu cara baru bikin filem, pastinya filem ni boleh memulakan francais baru ini yang sudah mati berdekad lamanya. Namun, nak buat macam mana, mungkin dia berharap namanya masih mampu menarik penonton untuk menonton filem berkenaan.

Plot filem ni boleh dikatakan separuh masak. Terlalu banyak plot hole dan elemen-elemen sains yang mana cuba dimasukkan. Tetapi, ianya gagal untuk dibawa kepada pemahaman penonton sehinggakan membuatkan penonton bosan. Ramai yang nak tonton dengan berhibur akhirnya berakhir dengan stress. Sains perlukan cara yang kreatif untuk dipersembahkan, dan cara XX Ray 3 sangat gagal.

Lakonan pelakon dalam filem ni juga memang mengecewakan. Ditambah pula dengan dialog yang try hard nak bina punch line malangnya tak jadi, memang XX Ray 3 sudah tersungkur awal saat dialog dialog filem ni dilontarkan. Terlalu lemah sehinggakan aku rasa seperti menonton drama tv yang tidak layak pun keluar tv.

Kesan khas dalam filem ni mengecewakan. Cuma ada beberapa sahaja scene yang boleh dikatakan dibina dengan CGI dengan menarik. Sebebihnya, lebih kurang 99% yang lain dipenuhi dengan CGI yang terlalu tidak matang dan level gagal. Bayangkan, ada pula lokasi luar rumah dan tepi sungai pun nak tambah dengan background CGI? Apa ke hal?

Kelihatan seperti Aziz M. Osman cuba untuk menyambung kontinuiti filem sebelumnya dengan sebuah post kredit dan juga kemunculan wataknya sebagai Amir Hamzah dalam filem ni. Percubaan ini juga gagal kerana sudah pasti ramai penonton XX Ray 3 bukanlah sezaman dengan penonton filem XX Ray terdahulu.

Aziz M. Osman mungkin fikir, filem XX-Ray yang terdahulu berjaya mencipta cultnya yang tersendiri sehinggakan apa sahaja yang dia bagi dalam filem terbarunya akan memancing penonton. Mungkin dia lupa, citarasa penontonan semenjak penerbit filem cuba berlumba mengejar juta sudah berubah. Penonton sudah tahu memilih antara jauhari dan manikam.

Dari segala sudut, XX-Ray 3 ialah sebuah filem yang tidak layak digelar filem. Malah, filem ini juga ialah kemaluan yang terbesar dalam sejarah filem arahan Aziz M Osman. Sekurang-kurangnya, percubaan untuk remake filem Azura yang pernah dia lakukan masih boleh diterima walaupun kutipannya kurang memberansangkan.

Someone please reboot francais ni dan rampas filem ni dari Aziz M Osman!

Catat Ulasan

0 Ulasan