Ulasan Filem: Triple Frontier (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | J.C Chandor
Pelakon | Ben Affleck, Oscar Isaac, Charlie Hunnam, Pedro Pascal

Bayangkan beberapa pelakon hebat disatukan dalam sebuah filem heist yang memang nampak simple, tapi punya perjalanan cerita yang sukar dijangka. Maka, jadilah Triple Frontier. Ben Affleck yang kita kenal sebagai Batman, Oscar Isaac yang dikenali dari Rogue One dan juga Pedro Pascal dari siri tv Narcos bergandingan dan ianya sesuatu yang sukar untuk dijangkakan! Macam tak percaya mereka bergabung.

Triple Frontier mengisahkan bagaimana satu pasukan cuba untuk mencuri duit kingpin dadah, Lorea. Perancangan untuk mencuri itu bukanlah kejutan. Tapi, apa yang berlaku selepas itu, itu yang menjadikan Triple Frontier begitu sukar dijangka. Plot filem ni terlalu unpredictable sehinggakan kau rasa nak tahu apa yang bakal terjadi seterusnya dan seterusnya.

Filem ini tidak mempunyai aksi yang padat. Mungkin pada permulaan filem ni, kita begitu teruja menanti aksi kerana lagak pakai watak-watak yang sentiasa siap bersenjata. Percayalah, anggapan korang memang salah kerana aksi hanya berlaku dalam amaun yang kecil tetapi boleh dikatakan sesuai dan kena pada tempatnya.

Sebagai sebuah filem edaran Netflix, kita sebenarnya dah boleh jangkakan level kualiti filem ni. Namun, pada pandangan peribadi, Triple Frontier berada dalam golongan filem yang ada nikmat dan rasa. Dalam lambakan filem bertemakan futuristik dan pasca kiamat yang sering melingkari senarai di aplikasi itu, Triple Frontier antara sisi yang jarang diterokai yang mencuri tumpuan.

Antara yang menjadi perhatian dalam filem ini semestinya lakonan Ben Affleck yang boleh dikatakan menyerlah lebih dari pelakon lain. Dari segi kesenioran pelakon, Ben Affleck ialah bintang yang begitu hebat untuk berada di kalangan pelakon baru yang mencuri tumpuan di era baru ini. Lakonannya walaupun sedikit sentiasa mencuri tumpuan aku.

Namun, jangan diharap untuk melihat watak Ben Affleck sebagai watak yang benar-benar utama. Wataknya kelihatan cuba untuk blend dengan watak-watak lain dan cuba untuk disama ratakan supaya filem ini tidak menjadi sebuah filem yang menyerlahkan Ben Affleck semata dan menenggelamkan watak-watak lain.

Fasa paling menarik dalam filem ni semestinya selepas rompakan berlaku. Jika kau tonton, kau akan sedar yang filem ni cuba untuk menyatakan bahawa kalau kau tamak haloba, maka kau akan rugi dan hilang nikmat yang kau mahu. Tema ini membawa kepada ending yang sukar dijangka tetapi tidaklah begitu kick sangat.

Agak kurang menarik sikit di bahagian ending apabila penamatnya terlalu simple dan ringkas. Walaupun ianya menyimpulkan dan memberi mesej yang dalam, impak untuk ending filem ni sangat takde kick yang membuatkan aku sedikit kecewa. Namun, disebabkan perjalanan adventure watak yang memuaskan hati aku, aku terima sahaja.

Apapun, Triple Frontier memang filem rompakan level Netflix yang boleh dipuji. Beberapa kelemahan di sana sini boleh diabaikan apabila filem ni menjanjikan sebuah adventure yang sukar dijangka. Tonton filem ini jika korang memang minat filem pasal rompakan. Namun, jangan harapkan filem ini penuh aksi seperti Fast and Furious.

Triple Frontier cukup untuk mengeluarkan diri aku dari kelemasan filem futuristik dan pasca kiamat yang berlambak di aplikasi. Sepatutnya, Netflix harus meriahkan aplikasinya dengan pelbagai genre yang sebegini. Boleh layan filem ni, baik baik saja.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan