TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Rise - Ini Kalilah (2018)

Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Saw Teong Hin, Nik Amir Mustapha, MS Prem Nath
Pelakon | Mira Filzah, Remy Ishak, Sashi Tharan

Kerajaan baru! Dan juga idea juga baru! Bertitik tolak daripada itu, maka wujudlah Rise: Ini Kalilah sebagai luahan rasa untuk mengkisahkan bagaimana jatuhnya kerajaan yang bermaharajalela selama lebih 60 tahun semenjak Malaysia merdeka. Ianya ialah satu adaptasi yang berani apabila ianya menyentuh aspek politik yang kadangkala buat orang panas punggung.

Ramai orang yang menonton filem ini di pawagam kurang puas dengan filem ini. Entah kenapa tidak tahulah. Mungkin sebab perbezaan parti politik mungkin. Namun, melihat daripada aspek penggemar filem, aku rasa filem ini ada rasa. Cuma, mungkin cara pembikinannya yang terlalu segera menjadikan beberapa aspek tidak dibikin dengan lebih kemas.

Rise: Ini Kalilah mempunyai beberapa plot kecil. Ada beberapa kisah pendek yang diarahkan tiga pengarah berbeza kaum iaitu Saw Teong Hin, Nik Amir Mustapha dan Ms Prem Nath. Tema filem ini jelas untuk memaparkan perpaduan yang berlaku di Malaysia dan juga beberapa peristiwa sebelum pilihanraya 2018 berlaku.

Perlu korang tahu, Rise: Ini Kalilah bukanlah sebuah filem yang memaparkan fakta tentang kejadian yang berlaku pada hari pengundian dan sebelumnya. Watak-watak ini berada dalam Malaysia ciptaan mereka sendiri dan segala peristiwa tidak ada kaitan langsung dengan kejadian di hari pengundian sebenar. Cuma beberapa kali sahaja di bahagian akhir filem, footage sebenar digabungkan ke dalam filem untuk menambahkan aura realiti bagi filem tersebut.

Melalui lakonan pelakon yang pelbagai dan juga penggunaan bahasa yang begitu bervariasi, Rise; ini Kalilah berjaya menyatakan bahawa setiap orang mempunyai tanggungjawab dan perlu menjalankan tanggungjawab itu apabila tiba masanya. Dari segenap sisi dan perspektif, kita dapat lihat bahawa filem ni menekankan bahawa pentingnya mengundi.

Tak ada elemen seperti berat sebelah yang dilampirkan filem ni. Kemenangan kepada Pakatan Harapan ialah realiti. Jadi, memang hakikatnya, endingnya pasti seperti apa yang kita dengar dan rasai. Cuma apa yang ada di awal dan pertengahan, semuanya adalah kisah sosial masyarakat Malaysia yang sentiasa melakukan apa yang mereka harus lakukan sebelum menjelang pengundian.

Elemen patriotic dapat dirasa semangatnya dalam filem ini di babak hari pengundian. Rasanya, ini pertamakalinya kita melihat sebuah filem yang berjaya memberikan jiwa untuk memberitahu segala pelusuk Malaysia bahawa undian kita sebagai rakyat Malaysia adalah begitu berharga untuk masa depan.

Lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah mencuri tumpuan walaupun kebanyakan watak diberi ruang untuk muncul dalam masa kurang dari 10 minit sepanjang filem. Yelah, filem ni penuh dengan watak-watak yang pelbagai dari pelbagai cereka pendek, mustahil untuk kita memfokus kepada beberapa watak dengan lebih penting.

Apa yang penting, jiwa Rise: Ini Kalilah berjaya melakarkan sejarah Malaysia walaupun aspek fiksyen digunapakai dari segenap aspek. Agak kecewa apabila mereka tidak menggunakan lambang parti sebenar mahupun logo pegawai polis sebenar. Namun, aspek kecil itu tidak mampu untuk menghilangkan semangat filem ini.

Sebuah filem yang tahapnya drama sahaja. Tapi, ianya berjaya merakam sejarah dalam fiksyennya.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Comments

Menarik!

Ulasan Filem: Till Death (Azalea's Wrath) a.k.a Dendam Azalea (2019)

Watak Han Mungkin Akan Muncul Semula Dalam Filem 'Fast & Furious 9'?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Disney Beri Lampu Hijau Untuk Terbitkan Sekuel Filem 'Aladdin'

Kevin Feige Dedah Nasib Mangsa Petikan Jari Thanos Yang Berada Di Atas Kapal Terbang

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Asal Usul Sebenar Ayat 'I Love You 3000' Dalam Filem 'Avengers: Endgame'

Wesley Snipes Akan Lakonkan Watak Antagonis Dalam 'Blade' Versi MCU?

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]